BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

Suprise lagi ???

Rasa macam seronok betul hari nie .. ye la tanpa sebarang alasan b hadiahkan wallet baru untuk aku . wallet yang dah lama aku idamkan tapi tak leh nak beli lagik sebab asyik lari budget jek..

Pagi itu seperti pagi jumaat yang biasa ., B akan kuar awal tuk keje sementara aku n adam masih berpeluk berbungkus selimut. Tetiba jek B datang n kiss aku. Bila aku tanya " Kenapa ? ada wat salah ek ? " B cakap " xde apa pun , saja jek nak bagi morning kiss "... aku memang dah mula cuak dah ye la tetiba jek nak jadi  romantik semacam jek ... Then aku mula la nak syak bukan bukan. maklumla semalam B g Alor Star untuk menghadiri satu taklimat. lagipun aku berharap yang dier belikan sesuatu untuk aku. ye la sebelum ni B selalu kata dia tak leh nak buat suprise kat aku sebab dia jarang kuar tanpa aku , thats y la setiap barang yang dia beli mesti aku yang pilih sendiri ... tapi  yang geramnye dari semalam aku tunggu xde apa apa pun... Memang sah dia xbeli apa apa pun tuk aku ...  Yang lucunya aku bleh plak bagitau B " Sayang ingat abang beli sesuatu tuk sayang ... " then B buat muka pelik n tanya aku lik " Sayang ada pesan apa apa ke kat abang semalam " ?? eeeeii memang geram tau... Then dengan muka yang biru selamba jek aku cakap " kot kot la abang ingat nak beli apa apa kat sayang , kalau xbeli xpela .. "

B dengan muka tak bersalah terus bangun n sesiap kuar g keje.. Tetiba aku dengar B panggil dari luar. " Sayang , ada duit kecik tak ? Pinjamkan abang RM10 abang nak beli paper jap lagi xde duit kecik ... " Aku pun apalagi bingkas bangun dari katil cari wallet dalam beg tangan yang aku tinggal kat meja kopi kat luar ( aku memang camni selalu jek tinggal wallet merata rata , thats y selalu kena marah jek dengan B ) . Bila aku seluk jek beg tangan terperanjat aku bila tengok ada wallet lain dalam tue . Dengan panik aku terus je bukak wallet tue , ye la manalah tahu kot kot wallet orang lain termasuk dalam handbag aku. Bila aku bukak wallet tue aku terus je tersenyum sebab aku tengok sume barang dalam tue memang kepunyaan aku ...

Tak lama selepas tue B msg tanya cantik tak wallet tue ?? memang cantik pun. Yang paling bestnye sebab wallet tue memang wallet yang dah lama aku kenan dan paling penting wallet tue datang dari orang yang paling aku sayang.. Bestnya dalam tahun nie dah 2x aku dapat suprise dari B. Bulan 3 ari tue dapat perfume n now dapat wallet plak ... Thanks B coz belikan wallet baru tuk sayang. Sayang akan ingat segala yang abang lakukan tuk sayang sampai bila bila pun ... Harapan sayang semoga apa yang berlaku dapat memadam segala kesilapan kita yang lalu . Insyaallah....                                                                                                                    

Saturday, June 26, 2010

Vacation again ...

Bercuti lagi , dan kali ini ke Cameron Highland ... Setelah sekian lama aku merancang untuk kesana , akhirnya kami menjejakkan kaki sekali kali ke Cameron Highland , tempat yang pernah menjadi saksi cinta aku dan anuar kira kira 5 tahun yang lalu. Yang lucunya untuk kali yang kedua ini pun kami masih lagi ditemani orang yang sama , iaitu kak liana , shet , dan cik yan yang bezanya sebab paksu debab tak ikut sama...

Kami bertolak dari Sik pada pukul 4.30ptg setelah  B abis kerja dan sampai di Simpang Pulai kira kira jam 8.30 malam. Kami kesana untuk meraikan kenduri kak liana di sebelah lelaki. Kenduri memang sempoi giler sampaikan aku tak rasa macam kenduri kawin pun. Tapi takpela yang penting kak liana dah selamat pun menjadi seorang isteri dan aku masih lagi berharap yang dia akan berbahagia dengan pilihan hatinya itu... Sume adik beradik B datang kecuali paksu debab dan yang lucunya last minit family aku pun sampai jugak .. Walaupun majlis tue sederhana tapi memang meriah sebab sume adik beradik datang untuk memeriahkan majlis malam tue...

Kami bermalam di Homestay yang disewa khas oleh kak yana. Dengan bayaran hanya RM100 semalaman kami dapat bermalam di homestay yang selesa. B awal awal lagi dah tido maybe penat sangat kot. Yela tadi abis keje terus drive ke sini thats y aku lansung tak ganggu dier walaupun adam sampai jam 1pg masih lagi belum tido. Setelah aku tutup semua lampu dan bancuhkan sebotol susu suam tuk dier barulah dia lena , itupun setelah penat aku menepuk... Apa apa pun time kasih ye sayang sebab tak berjaga sampai pagi....

Esoknye pada pukul 8.30pg kami kuar bersarapan dan terus ke Cameron Highland. Perjalanan dari Simpang Pulai keatas lebih kurang 1jam. Sampai saja di Cameron tempat pertama yang dituju adalah Taman Mardi. Sampai disitu hati aku merasa sayu sekali kerana setelah 5 tahun berlalu kali ini aku datang lagi ke tempat yang sama dengan orang yang sama dan yang terharunya sebab kali ini aku datang membawa adam , jelmaan semula aku dan anuar... Kalaula adam tahu yang satu ketika dulu mama dan papa dia pernah kesini tanpa dier mesti dia pelik kan ye la mesti dia tertanya tanya masa tue dia ada kat mana ? Nape dia tak ikut sama heheheheh....

Setelah meronda disekitar Taman Mardi kami terus turun makan diFoodCourt . Makanan dier memang mahal giler dan adakalanya macam tak logik plak .. Tapi aku gagahkan jugak sebab fikirkan adam yang mungkin dah lapar. Disitu jugak aku belikan snowcap tuk adam .. Memang comel sangat dia pakai snowcap tue dan sume orang gelak tgk dier dah macam budak Home Alone je... Keluar dari situ kami ke CactusPoint tgk banyak sangat cactus kat situ. Aku tak beli apa apa pun sebab xde apa pun yang menarik minat aku . Diorang masih lagi disitu menunggu kak ta dan aku mengambil kesempatan untuk ke Rajuu Hill. Teringat pesanan niza supaya aku kesana menikmati waffer yang lazat. Setelah memanjat bukit yang tinggi akhirnya aku sampai jugak kesana .. Betulla kata orang selera setiap orang itu tidak sama. Bagi aku waffer tue xde la best sangat pun tapi bolehla sebab kalu aku tak rasa tentu aku tak tau ... Turun dari Rajuu Hill kami ke pasar membeli sayur sayuran dan strawberi. Masa kat pasar tue B nak belikan aku bunga ros tapi dah cari satu pasar xde bungan ros merah yang dicampur dengan putih dijual disitu. So akhirnya aku decide tak payah beli tapi B janji akan belikan semula bila kami datang lagi kesini. Yang bestnya B nak marah sebab orang kat situ jual jagung keras kat dier dengan harga RM3. Hahahahah cian kat B kena tipu ....

Turun dari pasar kami ingat nak singgah ladang teh tapi hari hujan plak. Memang sedih betul sebab xsempat pegi banyak tempat. Bee Farm pun tak sempat masuk.. Tapi takpela sekurang kurangnya sampai jugak aku bawak adam kenal Cameron Highland walaupun dia macam tak tau apa apa pun dan B dah janji akan kesini lagi setelah adam bleh jalan nanti... Sekitar pukul 5 ptg kami terus turun dari sana dan berenti solat asar di surau tol Simpang Pulai. Ingatkan nak terus lik tapi kak yana ajak makan dulu. Tepat jam 7.30 malam kami bertolak lik dan sampai di Kuala Beris kira kira jam 1pg....

Walaupun penat dan tak banyak tempat yang dapat aku lawati kali ini tapi aku berpuas hati sebab sekurang kurangnya aku masih dapat membawa adam ke Cameron Highland dan untuk anak mama , terima kasih sebab berkelakuan baik sepanjang percutian kita kali ini. Mama janji bila adik dah bleh jalan nanti kita datang lagi ye , sebab mama dah xsabo nak bagi adik bejalan disekitar ladang teh , petik strawberi dan belikan roses untuk mama ... Untuk En.Nuat yang dicintai , terima kasih kerana meluangkan masa membawa sayang dan babe ke Cameron Highland dan  membuatkan semuanya menjadi indah dan bermakna... Jangan lupa janji abang nak bawak sayang n babe g jalan jalan sekurang kurangnya sekali setiap tahun ( jangan lupa tau )...

Sunday, June 20, 2010

Happy Fathers Day...

Happy Father's Day tuk semua bapa bapa di dunia dan teristimewa buat ayah kepada anak ku , Nor Anuar Bin Md Amin... Selamat hari bapa ye sayang ... Buat kali pertamanya kami meraikan hari bapa dengan begitu bermakna. B masih seperti tahun tahun yang lalu , tak pernah ingat pun tarikh hari bapa tapi aku sentiasa ingat sepertimana dia sentiasa berada di hatiku ...

Dan yang bestnya En Nuat nampak macam seronok sangat meraikannya tuk kali yang pertama. Walaupun aku rasa dier tak ingat pun bahawa hari nie adalah hari bapa , tapi disebabkan aku mengucapkan ucapan Selamat itu padanya beserta sekotak hadiah ditangan. En Nuat nampak macam terkejut (or buat buat terkejut) terus memeluk n mengucapkan thanks kat aku.Then kami sama sama bukak hadiah , seutas tali pinggang kulit Camel yang memang menjadi idamannya. Seronok sangat sebab dapat berikan sesuatu yang bermakna tuk dia. Kad aku bagi sehari selepas itu. Bukan apa nanti segan plak kalau dia baca masa tue so bagi kat dia esoknya n dia bukak kat ofis tak la malu sangat

Untuk B , Selamat menyambut hari bapa ye sayang ... Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang sempurna untuk adam. Terima kasih kerana tolong sayang bancuh susu setiap malam untuk adam. Terima kasih kerana selalu sabar melayan kerenah anak kita , dan terima kasih kerana menghargai kehadiran adam sebagai sebahagian daripada hidup B dan menjadikan hidup sayang lebih bermakna.Sayang sentiasa berdoa semoga kita akan dapat sama sama meraikan hari yang istimewa ini hingga ke akhir hayat . Ingat janji abang , akan sentiasa menyayangi dan menjadi papa yang baik untuk anak anak kita... ( jangan lupa tau )... I love u B , I love u so much... Muaaahhh

Sunday, May 23, 2010

Cinta Dalam Hati


Mungkin ini memang jalan takdirku
Memiliki tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dengan hidupmu
Dengan hidupmu...

Telah lama kupendam perasaan ini
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Cintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku...

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
Untuk kuucapkan betapa besar cintaku
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...


Thursday, May 20, 2010

Happy Mother's Day...

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua ibu ibu di dunia. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling indah. Dan hari ini juga buat pertama kalinya aku menyambut hari ibu dengan penuh makna kerana kini aku benar benar menjadi seorang ibu. Ibu kepada seorang baby kecik yang comel dan nakal seperti Adam Mukhridz Ahmadinejad .. Indah kan nama itu ? Seindah kehadirannya dalam hidupku ... Sesunggunya baru kini aku faham betapa indahnya menjadi ibu. Aku belajar erti menyayangi orang lain lebih dari diriku sendiri dan melalui gelaran itu juga aku belajar untuk menjadi seorang perempuan yang lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala galanya ...

Aku menyambut hari ibu seadanya bersama B. Berbanding dengan tahun lalu , aku menyambut hari ibu dalam keadaan aku berpantang dan keadaan yang sangat tegang. Aku berasa sangat bersyukur sekurang kurang aku masih diberi peluang untuk meraikannya dengan gembira pada tahun ini. Terima kasih papa kerana sanggup bercuti pada hari ini dan membawa sayang menonton wayang. Bila ingat lik rasa lucu plak , ye la dah lama tak tengok wayang then bila B ajak tengok Iron Man 2 rasa macam xcited jek rasa macam bercinta plak heheheheh..... Lepas tengok wayang kami terus balik sebab aku masih ingin meraikan hari ini bersama sama ibu dan ibu mertuaku di kampung. Berbekalkan 2 biji kek yang tertulis perkataan Selamat Hari Ibu , aku pulang menemui kedua duanya dan ternyata mak sangat terharu dan aku juga begitu kerana aku faham betapa besar ertinya kek itu buat ibu di hari yang bermakna ini.

Dan untuk aku walaupun tanpa sebarang kek dari papa , aku masih lagi bersyukur kerana selepas itu aku dan B celebrate dirumah sebab B kata lebih beerti kalau kita masak n makan bersama. So hari tue kitaorang masak makanan kegemaran kami iaitu ikan kerapu stim , ketam masak pedas , n cendawan goreng tepung ... B makan dengan banyak sekali sambil memuji aku masak stim hari nie best sangat. Maklumla ini kali pertama aku masak stim menggunakan ikan kerapu.  Rasa macam berbaloi sangat walaupun penat dari pagi terperuk jek dalam dapur tapi bila tengok B makan dengan berselera sekali rasa hilang semua penat. Takpela sayang , pasni mama masak lagi ye...

Yang bestnya B belikan kacamata mata baru tuk aku menggantikan kacamata aku yang lama sempena hari ibu yang membuatkan aku terharu . Tak sangka rupanya ada jugak hadiah untuk aku pada hari ibu , walaupun adam masih kecil. Thanks papa kerana menghargai sayang sebagai seorang ibu kepada anak kita. Dan untuk anak mama yang dikasihi , terima kasih kerana memberi peluang kepada mama untuk menjadi ibu dan menjaga adik. Terima kasih kerana adik tidak pernah berhenti menjadi muzik dihati mama walau dalam apa keadaan sekalipun dan mama sentiasa berdoa semoga mama akan dapat menjadi ibu yang paling baik dan sempurna untuk adik. Harapan mama , semoga tahun hadapan mama dapat mendengar ucapan selamat hari ibu dari mulut babe ... Jangan pernah berhenti berusaha ye nak , sebab mama tidak pernah berhenti berharap segala yang terbaik untuk adik selama lamanya....

Tuesday, May 4, 2010

Memaafkan Lebih Mudah Dari Melupakan...

Benar kata orang rupanya melupakan bukan semudah kita memaafkan … Dan kerana pepatah itu jugalah aku masih lagi menangis diatas perkara yang telah aku maafkan kira kira setahun yang lalu….

Entah kenapa aku masih tak mampu untuk melupakan semuanya walaupun aku telah mencuba sedaya upaya. Aku masih lagi dibayangi oleh kecurangan yang telah B lakukan padaku. Mengapa dia tergamak lakukan semua ini ? Mengapa dia sanggup melukakan aku disaat aku sangat sangat tidak berdaya ? Tak kasihankah dia memandang mata aku dan adam , anak yang kami tunggu tunggu selama bertahun lamanya… Sesungguhnya B terlalu tegar melukakan aku untuk perempuan seperti itu dengan alasan dia seorang perempuan yang baik tambahan pula anak yatim piatu.. Then what about me ? Sedangkan aku dari kecil dibuang jauh dari keluarga tanpa sesiapa pun yang mengasihani aku… Tanpa family yang sempurna itu aku masih mampu membesar menjadi seperti apa yang aku ada sekarang.

Aku tahu betapa pedihnya hidup tanpa family , betapa sunyinya sendiri dan aku selalu berdoa semoga dapat memberikan family yang sempurna untuk adam. Tapi sesungguhnya bukan semua yang kita nak , kita akan dapat. Mama minta maaf sayang sebab tak mampu bagi sebuah keluarga yang sempurna seperti yang mama janjikan pada babe , mama gagal bagi papa yang baik untuk adik. Maafkan mama kerana babe terpaksa menanggung semua kesilapan mama itu.. Mama minta maaf sayang… tapi percayalah pada mama , walau apa pun yang berlaku , akan berlaku dan dah pun berlaku , mama akan selalu sayang pada adik sampai bila bila pun...

Kadang kadang aku cuba untuk memujuk diri sendiri dengan menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu kesilapan. Satu kesilapan yang tak disengajakan. Dan aku sendiri yakin sememangnya B menyesal diatas apa yang berlaku dan aku sememangnya patut memaafkan dia. Aku sedia memaafkan B walauapapun yang telah dia lakukan dan jauh disudut hati aku masih berharap dia tak akan mengulanginya lagi kerana aku tahu aku sudah tidak mampu untuk menghadapi dugaan seperti ini untuk kali yang kedua….

Aku rasa terharu sangat bila B sanggup untuk tidak memakai perfume semata mata untuk menjaga hatiku.. dia sentiasa membantu aku untuk menguruskan adam walaupun ada kalanya aku tau dia terlalu letih bekerja. dia sanggup untuk tidak mempunyai facebook sendiri kerana tidak mahu aku curiga dan adakalanya aku seperti seorang detektif yang sentiasa menyiasat apa yang dia lakukan termasuk memeriksa handphone B. bila aku fikirkan semula aku memang bodoh sebab sanggup melakukan ini semua. Aku seolah olah hamba yang jahil yang tidak percaya pada qada dan qadar Tuhan, yang cuba menidakkan bahawa apa yang tuhan tentukan adalah perkara yang terbaik untuk hambanya... Sesungguhnya kini aku belajar sesuatu...
  • Alangkah ruginya kerana kita akan lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada sedangkan waktu yang ada tak pernah digunakan dengan sebaiknya...
  • Selalunya apa yang berlaku bukanlah seperti yang kita harapkan , tetapi percayalah apa yang telah berlaku itu sebenarnya yang terbaik untuk kita…
  • Belajarlah untuk lebih mempercayai kerana percaya itu kunci sebuah kebahagiaan dalam perhubungan..
  • Memaafkan tanpa melupakan beerti aku tidak ikhlas memaafkannya. Aku seharusnya memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku...
  • Aku harus berubah menjadi seorang yang lebih pemaaf demi kebahagiaan aku , B dan adam…
  • Sekiranya hari ini Tuhan memakbulkan permintaanmu itu beerti Dia telah mendengar doamu. Sekiranya Tuhan lambat memakbulkan doamu itu beerti Dia sedang mengujimu , tetapi sekiranya Dia tidak mengabulkan doamu , itu bermakna Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu… Semoga Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk KITA. Amin…


Saturday, April 24, 2010

Our Vacation Again...

Adoii memang penat betul 2 3 hari nie .. Ye la melalui perjalanan yang panjang bersama seorang kanak kanak kecik rupanya memang memenatkan. Percutian selama 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur benar benar mencabar kesabaran aku sebagai seorang ibu. Ye la mana taknya , hubby pergi kursus then tinggal kami 2 beranak dalam hotel termangu mangu tak tau nak buat apa..

Adam apa lagi mula la menunjukkan aksi aksi tension yang sangat dasyat. Ye la selalu duk dalam umah so bleh la dia merangkak ke hulu hilir , now dier terperangkap dalam bilik hotel so segala aktiviti membuaskan diri n menyepahkan rumah terpaksa ditunda tue yang buat dier bertambah tension tuh. Then apa lagi mengamuk la , menjerit sampaikan rasa macam nak pitam aku melayan n memujuk babe supaya dier lebih cool. Nasib baik la beberapa minit selepas itu dier pun tido , maybe penat sangat kot nangis . Kecian anak mama .... tapi bila difikirkan semula memang bukan salah adam pun kalau dier boring , ye la orang tua macam aku nie pun tak larat nak duk ,  dari pagi sampai petang asyik terperap aje..

Lastly petang tue masa amik hubby dari tempat kursus sempat gak la kami g jalan jalan sekitar Putrajaya.. Emmm aku menjejakkan kaki lagi di tanah Putrajaya ini yang tetiba jek membuatkan aku tersenyum . Ye la dulu tempat nie la yang selalu aku n hubby dok dating .. Sama sama bagi ikan makan , lepak kat dataran sambil tgk bulan ...  Tapi semua tue dah berlalu n tak mungkin dapat berulang kembali ... Walaupun sekarang kami berada ditempat yang sama seperti 5 tahun yang lalu tapi perasaan tue dah tak sama macam dulu lagi dan sampai sekarang aku masih lagi tertanya tanya WHY???

Malam tue hubby still continue kursus dan aku sempat la g jenjalan kat Alamanda bersama kakak ipar aku yang memang sporting. Tapi tak shoping apa sangat pun just window shoping jek . Apa yang lucunya bila Kak Yana pun terkejut tengok adam bleh berdiri dalam stroller , aksi yang dier tak pernah buat pun sbelum nie , maybe dier dah plan nak buat kot masa duk dalam hotel tadi sebab banyak sangat masa lapang kan , so tak pelik la kalau dier dapat belajar sesuatu... Hubby abis kursus kitaorang g makan moi sup yang xbest kat Kg Baru then terus balik hotel tido coz dah penat sangat. Alhamdulillah adam pun tido dengan nyenyak maybe sebab penat sangat jalan kot. Thanks ye babe sebab bagi mama peluang berehat ...

Esoknya seperti biasa hubby g kursus lebih awal coz hari nie dah last day. Yang geramnyer dia kata abis dalam kul 12 tapi kul 1 pun tak abis lagi. Dan yang teruknya coz aku kena check out sebelum kul 1. Bayangkan aku kena pack kan semua barang sendiri n bwk turun. Dah macam orang kemboja jual barang .. Bayangkan aku kena ulang alik naik lif 4 kali sambil dukung adam n sebelah tangan lagi bawak barang... Peh nie la pertama kali aku rasa macam penat sangat sampaikan nak g jenjalan pun dah rasa macam malas jek..
  
Lebih kurang kul 1.20 hubby sampai n kitaorang bertolak. Sempat la gak g jenjalan kat sekitar Sogo sementara tunggu petang nak jumpa Kak Yana kat Kg Baru coz dia nak kirim barang tuk bawak lik. Kitaorang makan steak  dikedai kegemaran aku n hubby then tepat jam 8.00 malam bertolak lik dari Kg Baru ke Kedah , sekali lagi melalui perjalanan yang panjang.. Alhamdulillah lebih kurang kul 2 pagi kami selamat sampai ke rumah. Rasa macam sakit satu badan. Ye la 3 hari lepas memang x cukup rehat tambah plak esok pepagi dah kena g skola coz keje. Walaupun aku rasa macam tak berdaya sangat tapi sekurang kurangnya sepanjang perjalanan ini aku belajar banyak perkara


  • Aku belajar untuk membawa anak sekecil adam mengharungi perjalanan yang panjang pada waktu semua orang sedang dibuai mimpi ..
  • Aku belajar menahan kesabaran melayan kerenah adam sendirian...
  • Aku belajar untuk melakukan sesuatu walaupun sukar , tanpa bantuan orang lain
  • Dan yang paling penting sekali , aku belajar bahawa bukan semua orang akan menghargai apa yang telah kita lakukan , dan aku kena berhenti dari mengharapkan sesuatu balasan ....

Sunday, April 18, 2010

8 Things A Great Guy Would Do ...

Makes you smile when you're down...

Gives you a goodbye kiss even when your friends are watching...

Holds your hands in a perfect time...

Be funny but knows when to be serious...

Reacts so cutely when you hit him though it actually hurts...

Stares at you when he thinks you don't notice...

Gets a little jealous sometimes but know he's the one you love...

Waits for an hour just to spend a minute with you ... 


Wednesday, April 14, 2010

Akhirnya Adik Merangkak jugak ...

Adam Mukhridz Ahmadinejad ….

Semalam mama rasa seronok sangat. Setelah menunggu selama hampir 1 tahun 25 hari akhirnya adik merangkak jugak. Dan apa yang lebih menyeronokkan sebab mama dapat bersama sama adik melalui saat yang indah itu. Mungkin bagi orang lain dengan umur adik yang mencecah 1tahun 25hari sepatutnya adik dah pun bleh berjalan bukannya baru bleh merangkak , tapi mama xkisah pun… Bagi mama setiap perkara yang berlaku pada adik adalah penting sebab adik istimewa sangat di hati mama…

Mama amik adik lewat semalam sebab mama ada program Teknik Menjawab di sekolah. Mama nak adik tahu , mama amik adik lewat bukan sebab mama xsuka nak jaga adik tau , tapi sebab mama kena pastikan kakak n abang adik di SMK Sik mendapat ilmu yang secukupnya sebelum mereka menduduki SPM. Masa mama amik adik , pengasuh adik bagitau yang adik dah bleh merangkak tapi mama macam tak percaya sangat sebab adik selalu gak buat aksi macam nak merangkak tapi lastly adik menyusur jek. Adik memang nakal tau selalu kenakan mama….

Then malam tue masa mama n papa tengah tgk tv kami sama sama terkejut bila tetiba jek adik merangkak menuju kearah papa. Masa tue papa adik jerit  “ mama , babe dah bleh merangkak la “…. Masa tue mama rasa seronok sangat bila tengok adik memang bebetul merangkak. Adik tak kenakan mama lagi… Papa apalagi kalut suh mama rakamkan aksi tue sebab itulah kali pertama adik merangkak. Walaupun perkembangan adik x sama macam kanak kanak lain , merangkak dulu baru berdiri tapi mama tak kisah , yang penting adik melalui setiap stage perkembangan kanak kanak dengan sempurna…

Mama ingat lagi masa adik memula bleh meniarap. Mama sedih sangat sebab tak dapat bersama sama adik melalui saat yang penting itu sebab masa tue mama kena g kursus di Penang selama 2minggu. Masa tue umur adik baru je 3bulan 10hari tapi dah bleh meniarap dan yang paling best seminggu selepas itu tumbuh 2 batang gigi yang beso dan jarang. Now adik dah setahun dan gigi adik dah penuh semuanya hahahaha…. Anak mama nie memang hebat ….

Alangkah indahnya menjadi seorang ibu... Mama belajar banyak perkara melalui adik. Mama belajar menghargai orang orang disekeliling mama . Mama belajar menjadi isteri dan ibu yang sabar dan yang paling penting mama belajar untuk menyayangi orang lain lebih dari mama sayangkan diri mama sendiri. Terima kasih kerana menjadi muzik di hati mama yang tak pernah berhenti mengalunkan lagu lagu yang indah. Terima kasih kerana memberi peluang pada mama untuk menjadi sebahagian daripada hidup adik. Sesungguhnya adik adalah anugerah Tuhan yang paling hebat untuk mama…

Buat Anak Mama Yang Dikasihi...
Mama ucapkan tahniah sebab akhirnya adik berjaya jugak merangkak setelah sekian lama mama menunggu. Teruskan berusaha ye sayang , sebab mama dan papa sedang menanti adik memulakan langkah kehidupan yang pertama…



Monday, April 12, 2010

Khas Untuk Anak Mama Yang Paling Comel...

 50 Ransangan Mudah Membantu Anak Anak Membesar Dengan Bijak

Saya dapat email ini drpd seorang kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. Jenis-jenis interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

 1.BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2.BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3.JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4.JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5.HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6.GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7.TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8.BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9.NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10.GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11.SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12.PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13.BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14.BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15.SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16.BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17.MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18.JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19.MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20.BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21.ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22.BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23.LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24.BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25.IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26.BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27.RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28.CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29.BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30.KADANGKALA BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31.GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32.JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33.KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34.GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35.TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36.TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37.MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38.RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39.MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40.MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41.BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42.MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43.AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44.HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45.SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46.PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47.CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48.MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49.MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50.BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!



Friday, April 9, 2010

Semuanya Untuk Adik...

Semalam kitaorang balik umah mertuaku seperti biasa. Walaupun kami jarang abiskan masa dirumah keluarga cik nuat tapi smalam hubby aku ajak balik gak sebab nak  lik anto udang n kucai sebab adik dia yang bongsu mengidam nak makan cucur udang. sampai aje kat umah mak , adam apa lagi menunjukkan skill skill buas yang amat dasyat. dia bleh jek duk dalam walker sambil jalan tanpa henti sampaikan mak mertua aku cakap dia memang budak yang aktif @ buas. Tapi aku tak kisah pun yang penting bagi aku adam sihat dan dapat melalui zaman kanak kanaknye dengan gembira. Lagipun hubby aku slalu cakap " anak buas nih bagus sebab otak dia berjalan untuk berfikir apa lagi yang nak buat ". emmm baguskan teori hubby aku tuh ??

Sejak sejak adam tukar susu dari Bebelac LF ( Lactose Free not Low Fat ) kepada Enfagrow 4x DHA nie dia memang aktif. Dari pagi sampai malam asyik main jek. Tapi yang bestnyer skarang sebab dia dah pandai tengok TV. Dan antara rancangan kegemaranye adalah Wonderpet dan Geng Bas Sekolah. Kadang kadang aku rasa macam nak gelak bila dier bleh sandar dalam walker dia sambil tgk cite Geng Bas Skolah sambil gelak2 macam faham2 walaupun aku tau dia tak faham pun.. Aku senang melayan kerenah dia yang manja n tak nak aku tinggalkan walaupun sekejap. Aku seronok bila dia ketawa tiap kali aku n hubby buat buat nak kejar dia dan aku rasa dihargai setiap kali dia mendakap dan mencium tanganku setiap kali aku hantar dia ke rumah pengasuh..  Tiapkali aku hantar dia ke rumah pengasuh dia dah pandai melambaikan tangan sambil menyebut perkataan bye ba ba bye... walaupun orang lain tak faham tapi aku tahu dia mengucapkan selamat jalan padaku...


Untuk adam yang mama kasihi , mama nak adik tahu walauapapun yang mama n papa lakukan , semuanya kami lakukan untuk adik kerana mama & papa sayang sangat kat adik dan perasaan itu akan kekal sampai bila bila pun...

Monday, April 5, 2010

Cinta Itu Bukan Bermakna kita Mesti Memiliki...

Dear Babe....

Dah seminggu papa terpaksa mengikut giliran 2hari malam 2 hari petang untuk tido di pejabat. Papa ditugaskan untuk standby memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu di sik mengakibatkan bekalan setiasa terputus. Dan selama seminggu jugak mama terpaksa membiasakan diri untuk tido sendiri ditemani babe.Nasib baik mama masih ada babe , kalau tak terpaksala mama tido sensorang kat umah tue. Kalau ikutkan hati mama memang tak suka papa tido di pejabat , ye la tak penah penah plak papa xbalik tido kat umah , tapi bila mama dengar papa cakap " papa tak pernah rasa macam apa yang dia rasa sekarang. Papa rasa seronok sangat keje sekarang , walaupun penat tapi abang mula rasa penting la dalam TNB Sik sebab bila nak buat apa apa foreman mesti ajak abang kuar sama , kalau dengan foreman Nazri dulu abang rasa mcm xde nilai pun dalam ofis " , mama rasa terharu sangat.

Akhirnya papa jumpa jugak dengan apa yang dia cari selama nie dan mama akan berusaha untuk membantu papa untuk mendapat apa yang dia inginkan. Walaupun mama terpaksa bekorban belajar untuk tido sendiri ,belajar untuk mengawal rasa curiga mama pada papa dan membiasakan diri dengan kesibukkan papa , tapi mama puas sebab sekurang kurangnya disebalik pengorbanan itu papa babe mendapat sesuatu. Cinta nie memang pelik kan babe , sebab kita sanggup menderita demi kebahagiaan orang yang kita cintai sebab mama percaya cinta itu tidak bermakna kita harus memiliki tapi cukuplah kalau kita tahu yang dia sangat bahagia dengan apa yang kita lakukan untuknye. Kalaula papa babe tahu betapa besar cinta mama untuk papa.....

Monday, March 22, 2010

Happy Besday Babe....

Friday, March 5, 2010

Terima Kasih Papa...

Mama jumpa semula papa yang telah mama hilang setahun yang lalu ... dah lama rasanya papa tak bagi suprise untuk mama n smalam lik dari kursus di Perda , tak sangka papa belikan perfume untuk mama.. sebotol perfume Giorgio Armani Diamond , sesuatu yang sangat beharga untuk mama. bukan sebab harganya yang mahal , atau sebab jenamanya yang terkenal tetapi sebab perfume itu datangnya dari papa. datang tanpa mama mendugu dan datang tanpa apa apa sebab.. mama rasa terharu sangat sayang , terharu sebab baru hari ini mama yakin rupanya mama masih ada harga disisi papa... kalaula papa dapat membaca apa yang mama titipkan untuk papa ini , tentu papa akan tahu betapa mama sangat menghargai apa yang telah dia lakukan untuk mama semalam dan mama akan sentiasa mengingatinya sampai bila bila pun .... terima kasih papa kerana masih mahu menghargai mama. terima kasih papa kerana masih menyimpan sedikit ruang dihati papa untuk mama menumpang walaupun mama tahu tempat itu bukanlah untuk selama lamanya.....

Thursday, February 11, 2010

Janji Tinggal Janji

Dear Babe....

Ari nie mama gaduh lagi dengan papa sayang. Mana tak gaduhnya , papa baru je dua minggu janji xkan gaduh dengan mama , xkan memancing tapi lastly papa ulangi lagi. Baru je 2 minggu lepas mama gaduh dengan papa sebab papa lik lambat dari mancing. Mana mama tak geram , papa kuar seawal pagi , lik tepat jam 12 tengah malam ... Lastly mama amik keputusan untuk meninggalkan papa. Disebabkan mama bertekad jugak untuk kuar , papa sentap tali beg dari bahu mama sampai lebam lengan mama sayang. Sakit sangat... tapi apa yang lebih menyakitkan sebab lebam yang tinggal dilengan mama disebabkan oleh papa , orang yang paling mama sayang .. tak sangka cinta papa pada mama hanya sedalam itu. Papa pernah berjanji akan menjaga mama sebaiknyer tapi rupanya ini yang mama dapat setelah apa yang mama korbankan untuk papa....

Dan hari ini papa ulangi lagi.. memungkiri janji yang telah dia lafazkan pada mama. Papa janji yang papa tak akan memancing lagi tapi semalam papa bagitau mama , dia nak g mancing Ahad nie. Mama rasa sedih sangat sayang sebab baru 2 minggu perkara tue berlaku dan baru 2 minggu jugak papa lafazkan janji untuk tak kan memancing lagi pada mama , tapi now semuanya berubah dalam sekelip mata je lebam ditangan mama pun masih belum hilang sayang..... Mama rasa sedih sangat bila papa kata , mama selalu menjadi penghalang untuk dia dapat apa yang dia nak.

Dan bila mama fikirkan semula baru mama faham. memang betul pun memang mama yang selama ini menghalang kebahagiaan papa. Disebabkan mama , papa tak dapat memiliki cintanya yang terakhir. Disebabkan mama papa tak memiliki sebuah keluarga yang sempurna dan disebabkan mama juga papa tak pernah dapat melakukan apa yang dia minati....

Entahla sampai bila perkara ini akan berterusan. Sampai bilakah papa akan terus menipu kita sayang dan sampai bila lagi mama mampu bertahan. Doa mama semoga papa akan berubah dan dia dapat memahami bahawa apa yang mama lakukan selama ini adalah untuk kebaikan kita bersama.... Insyaalah...

Thursday, February 4, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati

Benar ku mencintaimu...

Tuesday, January 5, 2010

Maafkan Mama Adik...

Hari ini mama rasa macam sedih sangat adik. Tadi masa kat umah nenek wan , adik jatuh dari walker. Mulut adik berdarah banyak sangat. Adik nangis je tanpa henti henti... Masa tue mama sedih sangat sebab mama tak tau apa yang boleh mama buat tuk bantu adik.. Kalaula mama lebih berhati hati pada waktu tue tentu sume nie tak kan berlaku. Tentu adik tak kan jatuh dari walker tue sayang.. Maafkan mama adik sebab mama tak mampu jaga adik dengan baik. Mama tak mampu nak melindungi adik sepertimana yang mama janjikan.

Mama rasa bersalah sangat sebab mama yang menyebabkan adik melalui semua kesakitan itu. Apa yang lebih menyedihkan , pada waktu seperti itu papa adik tak balik pun sayang untuk melalui semua tue dengan kita.Papa adik lebih seronok untuk bersama kawan kawan memancing ikan. Mama rasa terkilan sangat adik sebab papa adik tak pernah fikirkan soal kita pun . Papa cuma pentingkan hobi dan kerja dia saja. Kita tak pernah ada dalam hati papa pun. Mama rasa bersalah sangat kat adik sebab mama silap membuat pilihan. Mama salah memilih papa buat adik dan apa yang lebih menyedihkan lagi adik terpaksa menanggung semua kesilapan mama itu.... Mama minta maaf sayang , mama minta maaf sangat sangat... walau apa pun berlaku , akan berlaku dan telah berlaku , mama akan tetap sayang pada adik sampai bila bila pun.....

Sunday, January 3, 2010

Happy New Year ...

Tahun baru datang lagi ... Membawa seribu harapan untuk kehidupan yang lebih indah. Aku masih lagi begini melalui rutin hidup sebagai isteri , ibu dan guru sama seperti tahun tahun yang. Namun apa yang bezanya kini aku menyambut tahun baru yang pertama bersama adam , baby aku yang paling comey ... baby mama yang paling manja sekali ...

Biasala bila bercakap pasal tahun baru sume orang mesti sibuk nak create azam baru kan ... Azam dan doa aku pada tahun ini semoga mendung akan berlalu dan matahari akan bersinar semula.... Biarla segala kenangan yang pernah berlaku itu berlalu dan aku mampu memulakan hidup baru yang lebih indah.....