BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU ...

Selamat tahun baru buat semua hamba Allah dimuka bumi ini . Tahun baru menandakan setahun lagi telah berlalu dalam hidup aku. Terlalu banyak yang berlaku pada tahun 2011 , tahun yang banyak menguji kesabaran dan ketabahan hati aku, tahun yang paling banyak mengajar aku erti sabar dan bertahan...

Pada tarikh 12 Ogos aku kehilangan 'teman lelaki' aku yang pertama. Teman yang sentiasa membantu disaat aku kesusahan , teman yang sentiasa memberi dorongan ketika aku dalam kesedihan dan teman yang sentiasa menerangi jalan jalan hidupku dengan doanya yang tak pernah putus... Toki pergi meninggalkan kami pada 12 Ramadhan bersamaan dengan hari Jumaat tepat jam 11.55 pg kerana penyakit strok. Syukur alhamdulillah walaupun aku tinggal jauh darinya tapi aku bersyukur kerana dapat bersama dengannya di waktu waktu terakhir itu . Terlalu banyak jasa insan tua ini kepada aku dan kerana dia jugalah aku dapat apa yang aku ada sekarang...

kadang kadang aku terfikir kenapa orang orang yang aku sayang pergi dari hidup aku dengan begitu cepat sekali bermula dengan arwah Uteh pada 17 Februari 2006 juga pada hari Jumaat sedangkan pada waktu itu aku sedang merancang majlis pertunangan aku dan anuar .Sekiranya Uteh masih ada tentunya majlis itu akan menjadi lebih meriah. Benarkah yang datang itu adalah ujian dari Yang Maha Kuasa atau sememangnya lumrah kehidupan setiap yang hidup itu pasti akan menemui mati ....

Doa aku kepada yang Maha Esa , panjangkan umur insan insan yang tersayang semoga aku dapat mengabadikan lebih banyak kenangan bersama mereka dan untuk 2 lelaki yang paling istimewa terima kasih kerana telah banyak membantu ketika mereka masih hidup dan terima kasih juga kerana menyayangi aku dan menjadikan hidup ini sungguh bermakna .Doa aku semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Al- Fatihah...