BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 26, 2009

Semuanya Bermula Di Sini

Assalamualaikum.... 
Tanggal 26hb Oktober 2006 bersamaan 3 syawal telah menjadi tarikh yang paling keramat buat aku dan Cik Nuat. Apa taknyer setelah 7 tahun bersama mengharungi pahit manis bercinta dan melalui pelbagai dugaan , akhirnya semua orang kena akur pada takdir bahawa aku dan dia sememangnyer telah ditakdirkan untuk bersama.. Setelah bertunang selama hampir 5 bulan , kami akhirnya menamatkan zaman bujang masing masing dengan sekali lafaz akad berlansung di rumah nenak aku di Kuantan.
Lengkap masing masing berbaju melayu dan kebaya bewarna putih majlis dilansungkan dalam keadaan yang serba sederhana ,memandangkan kami berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa gesa kerana dengan tiba tiba pihak UPM meminta semua pelajar Pendidikan menghantar borang posting masing masing pada tarikh yang lebih cepat berbanding tahun sebelumnya iaitu pada hujung bulan Oktober 2006. Disebabkan tidak sanggup berjauhan kami akhirnya membuat keputusan untuk ' kawin gantung' dan kenduri akan diadakan pada 9.12.2006 bagi belah perempuan dan 16.12.2006 bagi pihak lelaki. Walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan tapi alhamdulillah segala galanya berjalan dengan baik. Terima kasih pada mak , usu dan keluarga yang telah banyak membantu melancarkan majlis tersebut.

Pada tanggal 26.10.2006 itu juga aku seakan akan dilahirkan semula. Apa taknyer daripada seorang gadis biasa aku kini dah bergelar 'isteri' pada seorang lelaki yang sangat aku cintai sejak aku kecik lagi. Lawak kan ? Mana tak nyer aku suka pada sepupu sendiri... heheheheh memang bodo pun tapi apa nak buat cinta tue memang buta , dan aku bersyukur sangat memilikinya, dan aku berjanji pada diriku sendiri pada waktu itu aku akan menyayangi dirinya dengan sepenuh hati dan akan sentiasa menyintainya. Hari ini genap 3tahun kami melayari bahtera rumah tangga bersama sama dan aku sentiasa berdoa semoga cinta kami tak kan pernah padam sampai bila bila pun ....


" kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil diriku padamu , seperti udara yang kuhela kau selalu ada .... "