BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 23, 2010

Cinta Dalam Hati


Mungkin ini memang jalan takdirku
Memiliki tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dengan hidupmu
Dengan hidupmu...

Telah lama kupendam perasaan ini
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Cintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku...

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
Untuk kuucapkan betapa besar cintaku
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...


Thursday, May 20, 2010

Happy Mother's Day...

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua ibu ibu di dunia. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling indah. Dan hari ini juga buat pertama kalinya aku menyambut hari ibu dengan penuh makna kerana kini aku benar benar menjadi seorang ibu. Ibu kepada seorang baby kecik yang comel dan nakal seperti Adam Mukhridz Ahmadinejad .. Indah kan nama itu ? Seindah kehadirannya dalam hidupku ... Sesunggunya baru kini aku faham betapa indahnya menjadi ibu. Aku belajar erti menyayangi orang lain lebih dari diriku sendiri dan melalui gelaran itu juga aku belajar untuk menjadi seorang perempuan yang lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala galanya ...

Aku menyambut hari ibu seadanya bersama B. Berbanding dengan tahun lalu , aku menyambut hari ibu dalam keadaan aku berpantang dan keadaan yang sangat tegang. Aku berasa sangat bersyukur sekurang kurang aku masih diberi peluang untuk meraikannya dengan gembira pada tahun ini. Terima kasih papa kerana sanggup bercuti pada hari ini dan membawa sayang menonton wayang. Bila ingat lik rasa lucu plak , ye la dah lama tak tengok wayang then bila B ajak tengok Iron Man 2 rasa macam xcited jek rasa macam bercinta plak heheheheh..... Lepas tengok wayang kami terus balik sebab aku masih ingin meraikan hari ini bersama sama ibu dan ibu mertuaku di kampung. Berbekalkan 2 biji kek yang tertulis perkataan Selamat Hari Ibu , aku pulang menemui kedua duanya dan ternyata mak sangat terharu dan aku juga begitu kerana aku faham betapa besar ertinya kek itu buat ibu di hari yang bermakna ini.

Dan untuk aku walaupun tanpa sebarang kek dari papa , aku masih lagi bersyukur kerana selepas itu aku dan B celebrate dirumah sebab B kata lebih beerti kalau kita masak n makan bersama. So hari tue kitaorang masak makanan kegemaran kami iaitu ikan kerapu stim , ketam masak pedas , n cendawan goreng tepung ... B makan dengan banyak sekali sambil memuji aku masak stim hari nie best sangat. Maklumla ini kali pertama aku masak stim menggunakan ikan kerapu.  Rasa macam berbaloi sangat walaupun penat dari pagi terperuk jek dalam dapur tapi bila tengok B makan dengan berselera sekali rasa hilang semua penat. Takpela sayang , pasni mama masak lagi ye...

Yang bestnya B belikan kacamata mata baru tuk aku menggantikan kacamata aku yang lama sempena hari ibu yang membuatkan aku terharu . Tak sangka rupanya ada jugak hadiah untuk aku pada hari ibu , walaupun adam masih kecil. Thanks papa kerana menghargai sayang sebagai seorang ibu kepada anak kita. Dan untuk anak mama yang dikasihi , terima kasih kerana memberi peluang kepada mama untuk menjadi ibu dan menjaga adik. Terima kasih kerana adik tidak pernah berhenti menjadi muzik dihati mama walau dalam apa keadaan sekalipun dan mama sentiasa berdoa semoga mama akan dapat menjadi ibu yang paling baik dan sempurna untuk adik. Harapan mama , semoga tahun hadapan mama dapat mendengar ucapan selamat hari ibu dari mulut babe ... Jangan pernah berhenti berusaha ye nak , sebab mama tidak pernah berhenti berharap segala yang terbaik untuk adik selama lamanya....

Tuesday, May 4, 2010

Memaafkan Lebih Mudah Dari Melupakan...

Benar kata orang rupanya melupakan bukan semudah kita memaafkan … Dan kerana pepatah itu jugalah aku masih lagi menangis diatas perkara yang telah aku maafkan kira kira setahun yang lalu….

Entah kenapa aku masih tak mampu untuk melupakan semuanya walaupun aku telah mencuba sedaya upaya. Aku masih lagi dibayangi oleh kecurangan yang telah B lakukan padaku. Mengapa dia tergamak lakukan semua ini ? Mengapa dia sanggup melukakan aku disaat aku sangat sangat tidak berdaya ? Tak kasihankah dia memandang mata aku dan adam , anak yang kami tunggu tunggu selama bertahun lamanya… Sesungguhnya B terlalu tegar melukakan aku untuk perempuan seperti itu dengan alasan dia seorang perempuan yang baik tambahan pula anak yatim piatu.. Then what about me ? Sedangkan aku dari kecil dibuang jauh dari keluarga tanpa sesiapa pun yang mengasihani aku… Tanpa family yang sempurna itu aku masih mampu membesar menjadi seperti apa yang aku ada sekarang.

Aku tahu betapa pedihnya hidup tanpa family , betapa sunyinya sendiri dan aku selalu berdoa semoga dapat memberikan family yang sempurna untuk adam. Tapi sesungguhnya bukan semua yang kita nak , kita akan dapat. Mama minta maaf sayang sebab tak mampu bagi sebuah keluarga yang sempurna seperti yang mama janjikan pada babe , mama gagal bagi papa yang baik untuk adik. Maafkan mama kerana babe terpaksa menanggung semua kesilapan mama itu.. Mama minta maaf sayang… tapi percayalah pada mama , walau apa pun yang berlaku , akan berlaku dan dah pun berlaku , mama akan selalu sayang pada adik sampai bila bila pun...

Kadang kadang aku cuba untuk memujuk diri sendiri dengan menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu kesilapan. Satu kesilapan yang tak disengajakan. Dan aku sendiri yakin sememangnya B menyesal diatas apa yang berlaku dan aku sememangnya patut memaafkan dia. Aku sedia memaafkan B walauapapun yang telah dia lakukan dan jauh disudut hati aku masih berharap dia tak akan mengulanginya lagi kerana aku tahu aku sudah tidak mampu untuk menghadapi dugaan seperti ini untuk kali yang kedua….

Aku rasa terharu sangat bila B sanggup untuk tidak memakai perfume semata mata untuk menjaga hatiku.. dia sentiasa membantu aku untuk menguruskan adam walaupun ada kalanya aku tau dia terlalu letih bekerja. dia sanggup untuk tidak mempunyai facebook sendiri kerana tidak mahu aku curiga dan adakalanya aku seperti seorang detektif yang sentiasa menyiasat apa yang dia lakukan termasuk memeriksa handphone B. bila aku fikirkan semula aku memang bodoh sebab sanggup melakukan ini semua. Aku seolah olah hamba yang jahil yang tidak percaya pada qada dan qadar Tuhan, yang cuba menidakkan bahawa apa yang tuhan tentukan adalah perkara yang terbaik untuk hambanya... Sesungguhnya kini aku belajar sesuatu...
  • Alangkah ruginya kerana kita akan lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada sedangkan waktu yang ada tak pernah digunakan dengan sebaiknya...
  • Selalunya apa yang berlaku bukanlah seperti yang kita harapkan , tetapi percayalah apa yang telah berlaku itu sebenarnya yang terbaik untuk kita…
  • Belajarlah untuk lebih mempercayai kerana percaya itu kunci sebuah kebahagiaan dalam perhubungan..
  • Memaafkan tanpa melupakan beerti aku tidak ikhlas memaafkannya. Aku seharusnya memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku...
  • Aku harus berubah menjadi seorang yang lebih pemaaf demi kebahagiaan aku , B dan adam…
  • Sekiranya hari ini Tuhan memakbulkan permintaanmu itu beerti Dia telah mendengar doamu. Sekiranya Tuhan lambat memakbulkan doamu itu beerti Dia sedang mengujimu , tetapi sekiranya Dia tidak mengabulkan doamu , itu bermakna Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu… Semoga Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk KITA. Amin…