Mungkin ini memang jalan takdirku
Sunday, May 23, 2010
Cinta Dalam Hati
Mungkin ini memang jalan takdirku
Posted by anastasia at 2:31 PM 0 comments
Thursday, May 20, 2010
Happy Mother's Day...
Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua ibu ibu di dunia. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling indah. Dan hari ini juga buat pertama kalinya aku menyambut hari ibu dengan penuh makna kerana kini aku benar benar menjadi seorang ibu. Ibu kepada seorang baby kecik yang comel dan nakal seperti Adam Mukhridz Ahmadinejad .. Indah kan nama itu ? Seindah kehadirannya dalam hidupku ... Sesunggunya baru kini aku faham betapa indahnya menjadi ibu. Aku belajar erti menyayangi orang lain lebih dari diriku sendiri dan melalui gelaran itu juga aku belajar untuk menjadi seorang perempuan yang lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala galanya ...
Aku menyambut hari ibu seadanya bersama B. Berbanding dengan tahun lalu , aku menyambut hari ibu dalam keadaan aku berpantang dan keadaan yang sangat tegang. Aku berasa sangat bersyukur sekurang kurang aku masih diberi peluang untuk meraikannya dengan gembira pada tahun ini. Terima kasih papa kerana sanggup bercuti pada hari ini dan membawa sayang menonton wayang. Bila ingat lik rasa lucu plak , ye la dah lama tak tengok wayang then bila B ajak tengok Iron Man 2 rasa macam xcited jek rasa macam bercinta plak heheheheh..... Lepas tengok wayang kami terus balik sebab aku masih ingin meraikan hari ini bersama sama ibu dan ibu mertuaku di kampung. Berbekalkan 2 biji kek yang tertulis perkataan Selamat Hari Ibu , aku pulang menemui kedua duanya dan ternyata mak sangat terharu dan aku juga begitu kerana aku faham betapa besar ertinya kek itu buat ibu di hari yang bermakna ini.
Dan untuk aku walaupun tanpa sebarang kek dari papa , aku masih lagi bersyukur kerana selepas itu aku dan B celebrate dirumah sebab B kata lebih beerti kalau kita masak n makan bersama. So hari tue kitaorang masak makanan kegemaran kami iaitu ikan kerapu stim , ketam masak pedas , n cendawan goreng tepung ... B makan dengan banyak sekali sambil memuji aku masak stim hari nie best sangat. Maklumla ini kali pertama aku masak stim menggunakan ikan kerapu. Rasa macam berbaloi sangat walaupun penat dari pagi terperuk jek dalam dapur tapi bila tengok B makan dengan berselera sekali rasa hilang semua penat. Takpela sayang , pasni mama masak lagi ye...
Yang bestnya B belikan kacamata mata baru tuk aku menggantikan kacamata aku yang lama sempena hari ibu yang membuatkan aku terharu . Tak sangka rupanya ada jugak hadiah untuk aku pada hari ibu , walaupun adam masih kecil. Thanks papa kerana menghargai sayang sebagai seorang ibu kepada anak kita. Dan untuk anak mama yang dikasihi , terima kasih kerana memberi peluang kepada mama untuk menjadi ibu dan menjaga adik. Terima kasih kerana adik tidak pernah berhenti menjadi muzik dihati mama walau dalam apa keadaan sekalipun dan mama sentiasa berdoa semoga mama akan dapat menjadi ibu yang paling baik dan sempurna untuk adik. Harapan mama , semoga tahun hadapan mama dapat mendengar ucapan selamat hari ibu dari mulut babe ... Jangan pernah berhenti berusaha ye nak , sebab mama tidak pernah berhenti berharap segala yang terbaik untuk adik selama lamanya....
Posted by anastasia at 1:45 PM 0 comments
Tuesday, May 4, 2010
Memaafkan Lebih Mudah Dari Melupakan...
Kadang kadang aku cuba untuk memujuk diri sendiri dengan menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu kesilapan. Satu kesilapan yang tak disengajakan. Dan aku sendiri yakin sememangnya B menyesal diatas apa yang berlaku dan aku sememangnya patut memaafkan dia. Aku sedia memaafkan B walauapapun yang telah dia lakukan dan jauh disudut hati aku masih berharap dia tak akan mengulanginya lagi kerana aku tahu aku sudah tidak mampu untuk menghadapi dugaan seperti ini untuk kali yang kedua….
- Alangkah ruginya kerana kita akan lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada sedangkan waktu yang ada tak pernah digunakan dengan sebaiknya...
- Selalunya apa yang berlaku bukanlah seperti yang kita harapkan , tetapi percayalah apa yang telah berlaku itu sebenarnya yang terbaik untuk kita…
- Belajarlah untuk lebih mempercayai kerana percaya itu kunci sebuah kebahagiaan dalam perhubungan..
- Memaafkan tanpa melupakan beerti aku tidak ikhlas memaafkannya. Aku seharusnya memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku...
- Aku harus berubah menjadi seorang yang lebih pemaaf demi kebahagiaan aku , B dan adam…
- Sekiranya hari ini Tuhan memakbulkan permintaanmu itu beerti Dia telah mendengar doamu. Sekiranya Tuhan lambat memakbulkan doamu itu beerti Dia sedang mengujimu , tetapi sekiranya Dia tidak mengabulkan doamu , itu bermakna Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu… Semoga Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk KITA. Amin…
Posted by anastasia at 11:28 AM 0 comments