BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 15, 2009

Kenangan Yang Terindah ...

Bila ingat saat saat mengandungkan adam , aku tentu akan tersenyum , biarpun kenangan itu sudah hampir 2 tahun berlalu tapi aku masih ingat setiap perkara yang berlaku dengan jelas......

Awal bulan Jun 2008 , aku dan cik nuat menemani adik ipar aku yang telah mendapat peluang menyambung pengajiannye di UiTM Dungun , Terengganu. Aku kesana kerana menemani cik nuat sebab katanya kalau aku tak nak pergi dia malas nak ikut skali. Kerana menjaga hati ibu mertuaku yang sememangnya sangat baik , aku gagahkan jugak menemani mereka. Pada waktu itu aku memang rasa macam tak larat sangat. aku fikirkan mungkin kerana beban kerja yang terlalu banyak di sekolah tapi rupa rupanya pada waktu itu aku dah pun mengandungkan adam yang mungkin baru berusia beberapa minggu.

Balik dari Terengganu kami terus ke Klinik Berkat. Alhamdulillah , setelah hampir 2 tahun , akhirnye aku mengandung jugak ... Masa tue rasa macam tak percaya pun ada , ye la dah banyak kali g cek tapi selalu je negatif... Cik nuat pada waktu tue diam tanpa apa apa perkataan. Nak kata seronok pun tak , tak suka pun tak .. Maybe dia pun terkejut dengan apa yag berlaku or maybe dia belum ready sepenuhnye untuk ada baby lagi...

Sepanjang aku mengandungkan adam memang seronok sangat. Pada awalnya aku alah agak teruk. Lik je dari sekolah mesti melepek je tido sebab pening n loya je selalu. Yang lawaknyer masa kali pertama aku nak buat check up di klinik kesihatan sik. Maklum la aku nie memang jenis takut jarum. Masa nurse kat situ nak amik darah aku siap nangis lagi , nasib baik la masa tue aku g bersama Cik Nuat , apa lagi Cik Nuat pun gelak la bila dengar aku nangis kat dalam bilik nurse tue. Sebenarnyer tak sakit pun tapi sebab aku nie memang jenis penakut heheheheheh....


9 bulan mengandungkan adam banyak mengajar aku erti sabar. Mana taknyer aku alah dengan teruk tambahan pulak aku perlu berulang alik memandu setiap hari persekolahan 1jam pergi dan balik. Syukurla ketika aku sarat mengandung 7bulan aku ditukarkan ke SMK Sik yang hanya 1km dari rumah aku. Syukurlah pada tarikh 17 Mac 2009 jam 4.35 minit petang bersamaan dengan hari selasa aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sungguh comel bernama ADAM MUKHRIDZ AHMANINEJAD nama yang tak pernah aku dan anuat bayangkan ... Mana nak prepare nama baby girl coz sume yang tengok perut aku waktu tue sume cakap baby girl dah nak masuk 9bulan baru nampak 'bird bird' itu pun sebab scan diKlinik Mahsuri ...


Nak tergelak je bila ingat masa mengandungkan adam 8 bulan aku dan anuat tergesa gesa ke hospital disebabkan aku yang tiba tiba sakit perut.. Waktu tue aku n nuat memang ingat dah nak besalin rupa rupanya aku sakit perut nak berak ... ermmm bodo betul.. Nie gara gara ikut cakap mak kononnyer sakit nak besalin tue macam sakit nak berak ... Apa apa pun terima kasih kepada anuar yang banyak bersabar melayan kerenah aku waktu mengandung dan tak pernah jemu menyurut kaki aku dengan minyak panas setiap malam dan menemani aku dibilik bersalin sehinggalah aku selamat melahirkan adam walaupun secara operation .... Insyallah sekiranya diberikan peluang aku masih ingin melalui saat nie semoga kali ini betul betul baby girl. Insyallah.....