BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

Our Vacation Again...

Adoii memang penat betul 2 3 hari nie .. Ye la melalui perjalanan yang panjang bersama seorang kanak kanak kecik rupanya memang memenatkan. Percutian selama 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur benar benar mencabar kesabaran aku sebagai seorang ibu. Ye la mana taknya , hubby pergi kursus then tinggal kami 2 beranak dalam hotel termangu mangu tak tau nak buat apa..

Adam apa lagi mula la menunjukkan aksi aksi tension yang sangat dasyat. Ye la selalu duk dalam umah so bleh la dia merangkak ke hulu hilir , now dier terperangkap dalam bilik hotel so segala aktiviti membuaskan diri n menyepahkan rumah terpaksa ditunda tue yang buat dier bertambah tension tuh. Then apa lagi mengamuk la , menjerit sampaikan rasa macam nak pitam aku melayan n memujuk babe supaya dier lebih cool. Nasib baik la beberapa minit selepas itu dier pun tido , maybe penat sangat kot nangis . Kecian anak mama .... tapi bila difikirkan semula memang bukan salah adam pun kalau dier boring , ye la orang tua macam aku nie pun tak larat nak duk ,  dari pagi sampai petang asyik terperap aje..

Lastly petang tue masa amik hubby dari tempat kursus sempat gak la kami g jalan jalan sekitar Putrajaya.. Emmm aku menjejakkan kaki lagi di tanah Putrajaya ini yang tetiba jek membuatkan aku tersenyum . Ye la dulu tempat nie la yang selalu aku n hubby dok dating .. Sama sama bagi ikan makan , lepak kat dataran sambil tgk bulan ...  Tapi semua tue dah berlalu n tak mungkin dapat berulang kembali ... Walaupun sekarang kami berada ditempat yang sama seperti 5 tahun yang lalu tapi perasaan tue dah tak sama macam dulu lagi dan sampai sekarang aku masih lagi tertanya tanya WHY???

Malam tue hubby still continue kursus dan aku sempat la g jenjalan kat Alamanda bersama kakak ipar aku yang memang sporting. Tapi tak shoping apa sangat pun just window shoping jek . Apa yang lucunya bila Kak Yana pun terkejut tengok adam bleh berdiri dalam stroller , aksi yang dier tak pernah buat pun sbelum nie , maybe dier dah plan nak buat kot masa duk dalam hotel tadi sebab banyak sangat masa lapang kan , so tak pelik la kalau dier dapat belajar sesuatu... Hubby abis kursus kitaorang g makan moi sup yang xbest kat Kg Baru then terus balik hotel tido coz dah penat sangat. Alhamdulillah adam pun tido dengan nyenyak maybe sebab penat sangat jalan kot. Thanks ye babe sebab bagi mama peluang berehat ...

Esoknya seperti biasa hubby g kursus lebih awal coz hari nie dah last day. Yang geramnyer dia kata abis dalam kul 12 tapi kul 1 pun tak abis lagi. Dan yang teruknya coz aku kena check out sebelum kul 1. Bayangkan aku kena pack kan semua barang sendiri n bwk turun. Dah macam orang kemboja jual barang .. Bayangkan aku kena ulang alik naik lif 4 kali sambil dukung adam n sebelah tangan lagi bawak barang... Peh nie la pertama kali aku rasa macam penat sangat sampaikan nak g jenjalan pun dah rasa macam malas jek..
  
Lebih kurang kul 1.20 hubby sampai n kitaorang bertolak. Sempat la gak g jenjalan kat sekitar Sogo sementara tunggu petang nak jumpa Kak Yana kat Kg Baru coz dia nak kirim barang tuk bawak lik. Kitaorang makan steak  dikedai kegemaran aku n hubby then tepat jam 8.00 malam bertolak lik dari Kg Baru ke Kedah , sekali lagi melalui perjalanan yang panjang.. Alhamdulillah lebih kurang kul 2 pagi kami selamat sampai ke rumah. Rasa macam sakit satu badan. Ye la 3 hari lepas memang x cukup rehat tambah plak esok pepagi dah kena g skola coz keje. Walaupun aku rasa macam tak berdaya sangat tapi sekurang kurangnya sepanjang perjalanan ini aku belajar banyak perkara


  • Aku belajar untuk membawa anak sekecil adam mengharungi perjalanan yang panjang pada waktu semua orang sedang dibuai mimpi ..
  • Aku belajar menahan kesabaran melayan kerenah adam sendirian...
  • Aku belajar untuk melakukan sesuatu walaupun sukar , tanpa bantuan orang lain
  • Dan yang paling penting sekali , aku belajar bahawa bukan semua orang akan menghargai apa yang telah kita lakukan , dan aku kena berhenti dari mengharapkan sesuatu balasan ....

Sunday, April 18, 2010

8 Things A Great Guy Would Do ...

Makes you smile when you're down...

Gives you a goodbye kiss even when your friends are watching...

Holds your hands in a perfect time...

Be funny but knows when to be serious...

Reacts so cutely when you hit him though it actually hurts...

Stares at you when he thinks you don't notice...

Gets a little jealous sometimes but know he's the one you love...

Waits for an hour just to spend a minute with you ... 


Wednesday, April 14, 2010

Akhirnya Adik Merangkak jugak ...

Adam Mukhridz Ahmadinejad ….

Semalam mama rasa seronok sangat. Setelah menunggu selama hampir 1 tahun 25 hari akhirnya adik merangkak jugak. Dan apa yang lebih menyeronokkan sebab mama dapat bersama sama adik melalui saat yang indah itu. Mungkin bagi orang lain dengan umur adik yang mencecah 1tahun 25hari sepatutnya adik dah pun bleh berjalan bukannya baru bleh merangkak , tapi mama xkisah pun… Bagi mama setiap perkara yang berlaku pada adik adalah penting sebab adik istimewa sangat di hati mama…

Mama amik adik lewat semalam sebab mama ada program Teknik Menjawab di sekolah. Mama nak adik tahu , mama amik adik lewat bukan sebab mama xsuka nak jaga adik tau , tapi sebab mama kena pastikan kakak n abang adik di SMK Sik mendapat ilmu yang secukupnya sebelum mereka menduduki SPM. Masa mama amik adik , pengasuh adik bagitau yang adik dah bleh merangkak tapi mama macam tak percaya sangat sebab adik selalu gak buat aksi macam nak merangkak tapi lastly adik menyusur jek. Adik memang nakal tau selalu kenakan mama….

Then malam tue masa mama n papa tengah tgk tv kami sama sama terkejut bila tetiba jek adik merangkak menuju kearah papa. Masa tue papa adik jerit  “ mama , babe dah bleh merangkak la “…. Masa tue mama rasa seronok sangat bila tengok adik memang bebetul merangkak. Adik tak kenakan mama lagi… Papa apalagi kalut suh mama rakamkan aksi tue sebab itulah kali pertama adik merangkak. Walaupun perkembangan adik x sama macam kanak kanak lain , merangkak dulu baru berdiri tapi mama tak kisah , yang penting adik melalui setiap stage perkembangan kanak kanak dengan sempurna…

Mama ingat lagi masa adik memula bleh meniarap. Mama sedih sangat sebab tak dapat bersama sama adik melalui saat yang penting itu sebab masa tue mama kena g kursus di Penang selama 2minggu. Masa tue umur adik baru je 3bulan 10hari tapi dah bleh meniarap dan yang paling best seminggu selepas itu tumbuh 2 batang gigi yang beso dan jarang. Now adik dah setahun dan gigi adik dah penuh semuanya hahahaha…. Anak mama nie memang hebat ….

Alangkah indahnya menjadi seorang ibu... Mama belajar banyak perkara melalui adik. Mama belajar menghargai orang orang disekeliling mama . Mama belajar menjadi isteri dan ibu yang sabar dan yang paling penting mama belajar untuk menyayangi orang lain lebih dari mama sayangkan diri mama sendiri. Terima kasih kerana menjadi muzik di hati mama yang tak pernah berhenti mengalunkan lagu lagu yang indah. Terima kasih kerana memberi peluang pada mama untuk menjadi sebahagian daripada hidup adik. Sesungguhnya adik adalah anugerah Tuhan yang paling hebat untuk mama…

Buat Anak Mama Yang Dikasihi...
Mama ucapkan tahniah sebab akhirnya adik berjaya jugak merangkak setelah sekian lama mama menunggu. Teruskan berusaha ye sayang , sebab mama dan papa sedang menanti adik memulakan langkah kehidupan yang pertama…



Monday, April 12, 2010

Khas Untuk Anak Mama Yang Paling Comel...

 50 Ransangan Mudah Membantu Anak Anak Membesar Dengan Bijak

Saya dapat email ini drpd seorang kawan dan ingin berkongsi dgn semua. Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. Jenis-jenis interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

 1.BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2.BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3.JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4.JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5.HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6.GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7.TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8.BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9.NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10.GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11.SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12.PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13.BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14.BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15.SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16.BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17.MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18.JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19.MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20.BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21.ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22.BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23.LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24.BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25.IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26.BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27.RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28.CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29.BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30.KADANGKALA BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31.GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32.JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33.KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34.GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35.TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36.TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37.MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38.RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39.MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40.MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41.BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42.MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43.AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44.HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45.SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46.PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47.CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48.MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49.MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50.BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!



Friday, April 9, 2010

Semuanya Untuk Adik...

Semalam kitaorang balik umah mertuaku seperti biasa. Walaupun kami jarang abiskan masa dirumah keluarga cik nuat tapi smalam hubby aku ajak balik gak sebab nak  lik anto udang n kucai sebab adik dia yang bongsu mengidam nak makan cucur udang. sampai aje kat umah mak , adam apa lagi menunjukkan skill skill buas yang amat dasyat. dia bleh jek duk dalam walker sambil jalan tanpa henti sampaikan mak mertua aku cakap dia memang budak yang aktif @ buas. Tapi aku tak kisah pun yang penting bagi aku adam sihat dan dapat melalui zaman kanak kanaknye dengan gembira. Lagipun hubby aku slalu cakap " anak buas nih bagus sebab otak dia berjalan untuk berfikir apa lagi yang nak buat ". emmm baguskan teori hubby aku tuh ??

Sejak sejak adam tukar susu dari Bebelac LF ( Lactose Free not Low Fat ) kepada Enfagrow 4x DHA nie dia memang aktif. Dari pagi sampai malam asyik main jek. Tapi yang bestnyer skarang sebab dia dah pandai tengok TV. Dan antara rancangan kegemaranye adalah Wonderpet dan Geng Bas Sekolah. Kadang kadang aku rasa macam nak gelak bila dier bleh sandar dalam walker dia sambil tgk cite Geng Bas Skolah sambil gelak2 macam faham2 walaupun aku tau dia tak faham pun.. Aku senang melayan kerenah dia yang manja n tak nak aku tinggalkan walaupun sekejap. Aku seronok bila dia ketawa tiap kali aku n hubby buat buat nak kejar dia dan aku rasa dihargai setiap kali dia mendakap dan mencium tanganku setiap kali aku hantar dia ke rumah pengasuh..  Tiapkali aku hantar dia ke rumah pengasuh dia dah pandai melambaikan tangan sambil menyebut perkataan bye ba ba bye... walaupun orang lain tak faham tapi aku tahu dia mengucapkan selamat jalan padaku...


Untuk adam yang mama kasihi , mama nak adik tahu walauapapun yang mama n papa lakukan , semuanya kami lakukan untuk adik kerana mama & papa sayang sangat kat adik dan perasaan itu akan kekal sampai bila bila pun...

Monday, April 5, 2010

Cinta Itu Bukan Bermakna kita Mesti Memiliki...

Dear Babe....

Dah seminggu papa terpaksa mengikut giliran 2hari malam 2 hari petang untuk tido di pejabat. Papa ditugaskan untuk standby memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu di sik mengakibatkan bekalan setiasa terputus. Dan selama seminggu jugak mama terpaksa membiasakan diri untuk tido sendiri ditemani babe.Nasib baik mama masih ada babe , kalau tak terpaksala mama tido sensorang kat umah tue. Kalau ikutkan hati mama memang tak suka papa tido di pejabat , ye la tak penah penah plak papa xbalik tido kat umah , tapi bila mama dengar papa cakap " papa tak pernah rasa macam apa yang dia rasa sekarang. Papa rasa seronok sangat keje sekarang , walaupun penat tapi abang mula rasa penting la dalam TNB Sik sebab bila nak buat apa apa foreman mesti ajak abang kuar sama , kalau dengan foreman Nazri dulu abang rasa mcm xde nilai pun dalam ofis " , mama rasa terharu sangat.

Akhirnya papa jumpa jugak dengan apa yang dia cari selama nie dan mama akan berusaha untuk membantu papa untuk mendapat apa yang dia inginkan. Walaupun mama terpaksa bekorban belajar untuk tido sendiri ,belajar untuk mengawal rasa curiga mama pada papa dan membiasakan diri dengan kesibukkan papa , tapi mama puas sebab sekurang kurangnya disebalik pengorbanan itu papa babe mendapat sesuatu. Cinta nie memang pelik kan babe , sebab kita sanggup menderita demi kebahagiaan orang yang kita cintai sebab mama percaya cinta itu tidak bermakna kita harus memiliki tapi cukuplah kalau kita tahu yang dia sangat bahagia dengan apa yang kita lakukan untuknye. Kalaula papa babe tahu betapa besar cinta mama untuk papa.....