BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 9, 2010

Semuanya Untuk Adik...

Semalam kitaorang balik umah mertuaku seperti biasa. Walaupun kami jarang abiskan masa dirumah keluarga cik nuat tapi smalam hubby aku ajak balik gak sebab nak  lik anto udang n kucai sebab adik dia yang bongsu mengidam nak makan cucur udang. sampai aje kat umah mak , adam apa lagi menunjukkan skill skill buas yang amat dasyat. dia bleh jek duk dalam walker sambil jalan tanpa henti sampaikan mak mertua aku cakap dia memang budak yang aktif @ buas. Tapi aku tak kisah pun yang penting bagi aku adam sihat dan dapat melalui zaman kanak kanaknye dengan gembira. Lagipun hubby aku slalu cakap " anak buas nih bagus sebab otak dia berjalan untuk berfikir apa lagi yang nak buat ". emmm baguskan teori hubby aku tuh ??

Sejak sejak adam tukar susu dari Bebelac LF ( Lactose Free not Low Fat ) kepada Enfagrow 4x DHA nie dia memang aktif. Dari pagi sampai malam asyik main jek. Tapi yang bestnyer skarang sebab dia dah pandai tengok TV. Dan antara rancangan kegemaranye adalah Wonderpet dan Geng Bas Sekolah. Kadang kadang aku rasa macam nak gelak bila dier bleh sandar dalam walker dia sambil tgk cite Geng Bas Skolah sambil gelak2 macam faham2 walaupun aku tau dia tak faham pun.. Aku senang melayan kerenah dia yang manja n tak nak aku tinggalkan walaupun sekejap. Aku seronok bila dia ketawa tiap kali aku n hubby buat buat nak kejar dia dan aku rasa dihargai setiap kali dia mendakap dan mencium tanganku setiap kali aku hantar dia ke rumah pengasuh..  Tiapkali aku hantar dia ke rumah pengasuh dia dah pandai melambaikan tangan sambil menyebut perkataan bye ba ba bye... walaupun orang lain tak faham tapi aku tahu dia mengucapkan selamat jalan padaku...


Untuk adam yang mama kasihi , mama nak adik tahu walauapapun yang mama n papa lakukan , semuanya kami lakukan untuk adik kerana mama & papa sayang sangat kat adik dan perasaan itu akan kekal sampai bila bila pun...

0 comments: