BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 14, 2010

Akhirnya Adik Merangkak jugak ...

Adam Mukhridz Ahmadinejad ….

Semalam mama rasa seronok sangat. Setelah menunggu selama hampir 1 tahun 25 hari akhirnya adik merangkak jugak. Dan apa yang lebih menyeronokkan sebab mama dapat bersama sama adik melalui saat yang indah itu. Mungkin bagi orang lain dengan umur adik yang mencecah 1tahun 25hari sepatutnya adik dah pun bleh berjalan bukannya baru bleh merangkak , tapi mama xkisah pun… Bagi mama setiap perkara yang berlaku pada adik adalah penting sebab adik istimewa sangat di hati mama…

Mama amik adik lewat semalam sebab mama ada program Teknik Menjawab di sekolah. Mama nak adik tahu , mama amik adik lewat bukan sebab mama xsuka nak jaga adik tau , tapi sebab mama kena pastikan kakak n abang adik di SMK Sik mendapat ilmu yang secukupnya sebelum mereka menduduki SPM. Masa mama amik adik , pengasuh adik bagitau yang adik dah bleh merangkak tapi mama macam tak percaya sangat sebab adik selalu gak buat aksi macam nak merangkak tapi lastly adik menyusur jek. Adik memang nakal tau selalu kenakan mama….

Then malam tue masa mama n papa tengah tgk tv kami sama sama terkejut bila tetiba jek adik merangkak menuju kearah papa. Masa tue papa adik jerit  “ mama , babe dah bleh merangkak la “…. Masa tue mama rasa seronok sangat bila tengok adik memang bebetul merangkak. Adik tak kenakan mama lagi… Papa apalagi kalut suh mama rakamkan aksi tue sebab itulah kali pertama adik merangkak. Walaupun perkembangan adik x sama macam kanak kanak lain , merangkak dulu baru berdiri tapi mama tak kisah , yang penting adik melalui setiap stage perkembangan kanak kanak dengan sempurna…

Mama ingat lagi masa adik memula bleh meniarap. Mama sedih sangat sebab tak dapat bersama sama adik melalui saat yang penting itu sebab masa tue mama kena g kursus di Penang selama 2minggu. Masa tue umur adik baru je 3bulan 10hari tapi dah bleh meniarap dan yang paling best seminggu selepas itu tumbuh 2 batang gigi yang beso dan jarang. Now adik dah setahun dan gigi adik dah penuh semuanya hahahaha…. Anak mama nie memang hebat ….

Alangkah indahnya menjadi seorang ibu... Mama belajar banyak perkara melalui adik. Mama belajar menghargai orang orang disekeliling mama . Mama belajar menjadi isteri dan ibu yang sabar dan yang paling penting mama belajar untuk menyayangi orang lain lebih dari mama sayangkan diri mama sendiri. Terima kasih kerana menjadi muzik di hati mama yang tak pernah berhenti mengalunkan lagu lagu yang indah. Terima kasih kerana memberi peluang pada mama untuk menjadi sebahagian daripada hidup adik. Sesungguhnya adik adalah anugerah Tuhan yang paling hebat untuk mama…

Buat Anak Mama Yang Dikasihi...
Mama ucapkan tahniah sebab akhirnya adik berjaya jugak merangkak setelah sekian lama mama menunggu. Teruskan berusaha ye sayang , sebab mama dan papa sedang menanti adik memulakan langkah kehidupan yang pertama…



0 comments: