BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

Memaafkan Lebih Mudah Dari Melupakan...

Benar kata orang rupanya melupakan bukan semudah kita memaafkan … Dan kerana pepatah itu jugalah aku masih lagi menangis diatas perkara yang telah aku maafkan kira kira setahun yang lalu….

Entah kenapa aku masih tak mampu untuk melupakan semuanya walaupun aku telah mencuba sedaya upaya. Aku masih lagi dibayangi oleh kecurangan yang telah B lakukan padaku. Mengapa dia tergamak lakukan semua ini ? Mengapa dia sanggup melukakan aku disaat aku sangat sangat tidak berdaya ? Tak kasihankah dia memandang mata aku dan adam , anak yang kami tunggu tunggu selama bertahun lamanya… Sesungguhnya B terlalu tegar melukakan aku untuk perempuan seperti itu dengan alasan dia seorang perempuan yang baik tambahan pula anak yatim piatu.. Then what about me ? Sedangkan aku dari kecil dibuang jauh dari keluarga tanpa sesiapa pun yang mengasihani aku… Tanpa family yang sempurna itu aku masih mampu membesar menjadi seperti apa yang aku ada sekarang.

Aku tahu betapa pedihnya hidup tanpa family , betapa sunyinya sendiri dan aku selalu berdoa semoga dapat memberikan family yang sempurna untuk adam. Tapi sesungguhnya bukan semua yang kita nak , kita akan dapat. Mama minta maaf sayang sebab tak mampu bagi sebuah keluarga yang sempurna seperti yang mama janjikan pada babe , mama gagal bagi papa yang baik untuk adik. Maafkan mama kerana babe terpaksa menanggung semua kesilapan mama itu.. Mama minta maaf sayang… tapi percayalah pada mama , walau apa pun yang berlaku , akan berlaku dan dah pun berlaku , mama akan selalu sayang pada adik sampai bila bila pun...

Kadang kadang aku cuba untuk memujuk diri sendiri dengan menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu kesilapan. Satu kesilapan yang tak disengajakan. Dan aku sendiri yakin sememangnya B menyesal diatas apa yang berlaku dan aku sememangnya patut memaafkan dia. Aku sedia memaafkan B walauapapun yang telah dia lakukan dan jauh disudut hati aku masih berharap dia tak akan mengulanginya lagi kerana aku tahu aku sudah tidak mampu untuk menghadapi dugaan seperti ini untuk kali yang kedua….

Aku rasa terharu sangat bila B sanggup untuk tidak memakai perfume semata mata untuk menjaga hatiku.. dia sentiasa membantu aku untuk menguruskan adam walaupun ada kalanya aku tau dia terlalu letih bekerja. dia sanggup untuk tidak mempunyai facebook sendiri kerana tidak mahu aku curiga dan adakalanya aku seperti seorang detektif yang sentiasa menyiasat apa yang dia lakukan termasuk memeriksa handphone B. bila aku fikirkan semula aku memang bodoh sebab sanggup melakukan ini semua. Aku seolah olah hamba yang jahil yang tidak percaya pada qada dan qadar Tuhan, yang cuba menidakkan bahawa apa yang tuhan tentukan adalah perkara yang terbaik untuk hambanya... Sesungguhnya kini aku belajar sesuatu...
  • Alangkah ruginya kerana kita akan lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada sedangkan waktu yang ada tak pernah digunakan dengan sebaiknya...
  • Selalunya apa yang berlaku bukanlah seperti yang kita harapkan , tetapi percayalah apa yang telah berlaku itu sebenarnya yang terbaik untuk kita…
  • Belajarlah untuk lebih mempercayai kerana percaya itu kunci sebuah kebahagiaan dalam perhubungan..
  • Memaafkan tanpa melupakan beerti aku tidak ikhlas memaafkannya. Aku seharusnya memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku...
  • Aku harus berubah menjadi seorang yang lebih pemaaf demi kebahagiaan aku , B dan adam…
  • Sekiranya hari ini Tuhan memakbulkan permintaanmu itu beerti Dia telah mendengar doamu. Sekiranya Tuhan lambat memakbulkan doamu itu beerti Dia sedang mengujimu , tetapi sekiranya Dia tidak mengabulkan doamu , itu bermakna Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu… Semoga Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk KITA. Amin…


0 comments: