BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 26, 2010

Vacation again ...

Bercuti lagi , dan kali ini ke Cameron Highland ... Setelah sekian lama aku merancang untuk kesana , akhirnya kami menjejakkan kaki sekali kali ke Cameron Highland , tempat yang pernah menjadi saksi cinta aku dan anuar kira kira 5 tahun yang lalu. Yang lucunya untuk kali yang kedua ini pun kami masih lagi ditemani orang yang sama , iaitu kak liana , shet , dan cik yan yang bezanya sebab paksu debab tak ikut sama...

Kami bertolak dari Sik pada pukul 4.30ptg setelah  B abis kerja dan sampai di Simpang Pulai kira kira jam 8.30 malam. Kami kesana untuk meraikan kenduri kak liana di sebelah lelaki. Kenduri memang sempoi giler sampaikan aku tak rasa macam kenduri kawin pun. Tapi takpela yang penting kak liana dah selamat pun menjadi seorang isteri dan aku masih lagi berharap yang dia akan berbahagia dengan pilihan hatinya itu... Sume adik beradik B datang kecuali paksu debab dan yang lucunya last minit family aku pun sampai jugak .. Walaupun majlis tue sederhana tapi memang meriah sebab sume adik beradik datang untuk memeriahkan majlis malam tue...

Kami bermalam di Homestay yang disewa khas oleh kak yana. Dengan bayaran hanya RM100 semalaman kami dapat bermalam di homestay yang selesa. B awal awal lagi dah tido maybe penat sangat kot. Yela tadi abis keje terus drive ke sini thats y aku lansung tak ganggu dier walaupun adam sampai jam 1pg masih lagi belum tido. Setelah aku tutup semua lampu dan bancuhkan sebotol susu suam tuk dier barulah dia lena , itupun setelah penat aku menepuk... Apa apa pun time kasih ye sayang sebab tak berjaga sampai pagi....

Esoknye pada pukul 8.30pg kami kuar bersarapan dan terus ke Cameron Highland. Perjalanan dari Simpang Pulai keatas lebih kurang 1jam. Sampai saja di Cameron tempat pertama yang dituju adalah Taman Mardi. Sampai disitu hati aku merasa sayu sekali kerana setelah 5 tahun berlalu kali ini aku datang lagi ke tempat yang sama dengan orang yang sama dan yang terharunya sebab kali ini aku datang membawa adam , jelmaan semula aku dan anuar... Kalaula adam tahu yang satu ketika dulu mama dan papa dia pernah kesini tanpa dier mesti dia pelik kan ye la mesti dia tertanya tanya masa tue dia ada kat mana ? Nape dia tak ikut sama heheheheh....

Setelah meronda disekitar Taman Mardi kami terus turun makan diFoodCourt . Makanan dier memang mahal giler dan adakalanya macam tak logik plak .. Tapi aku gagahkan jugak sebab fikirkan adam yang mungkin dah lapar. Disitu jugak aku belikan snowcap tuk adam .. Memang comel sangat dia pakai snowcap tue dan sume orang gelak tgk dier dah macam budak Home Alone je... Keluar dari situ kami ke CactusPoint tgk banyak sangat cactus kat situ. Aku tak beli apa apa pun sebab xde apa pun yang menarik minat aku . Diorang masih lagi disitu menunggu kak ta dan aku mengambil kesempatan untuk ke Rajuu Hill. Teringat pesanan niza supaya aku kesana menikmati waffer yang lazat. Setelah memanjat bukit yang tinggi akhirnya aku sampai jugak kesana .. Betulla kata orang selera setiap orang itu tidak sama. Bagi aku waffer tue xde la best sangat pun tapi bolehla sebab kalu aku tak rasa tentu aku tak tau ... Turun dari Rajuu Hill kami ke pasar membeli sayur sayuran dan strawberi. Masa kat pasar tue B nak belikan aku bunga ros tapi dah cari satu pasar xde bungan ros merah yang dicampur dengan putih dijual disitu. So akhirnya aku decide tak payah beli tapi B janji akan belikan semula bila kami datang lagi kesini. Yang bestnya B nak marah sebab orang kat situ jual jagung keras kat dier dengan harga RM3. Hahahahah cian kat B kena tipu ....

Turun dari pasar kami ingat nak singgah ladang teh tapi hari hujan plak. Memang sedih betul sebab xsempat pegi banyak tempat. Bee Farm pun tak sempat masuk.. Tapi takpela sekurang kurangnya sampai jugak aku bawak adam kenal Cameron Highland walaupun dia macam tak tau apa apa pun dan B dah janji akan kesini lagi setelah adam bleh jalan nanti... Sekitar pukul 5 ptg kami terus turun dari sana dan berenti solat asar di surau tol Simpang Pulai. Ingatkan nak terus lik tapi kak yana ajak makan dulu. Tepat jam 7.30 malam kami bertolak lik dan sampai di Kuala Beris kira kira jam 1pg....

Walaupun penat dan tak banyak tempat yang dapat aku lawati kali ini tapi aku berpuas hati sebab sekurang kurangnya aku masih dapat membawa adam ke Cameron Highland dan untuk anak mama , terima kasih sebab berkelakuan baik sepanjang percutian kita kali ini. Mama janji bila adik dah bleh jalan nanti kita datang lagi ye , sebab mama dah xsabo nak bagi adik bejalan disekitar ladang teh , petik strawberi dan belikan roses untuk mama ... Untuk En.Nuat yang dicintai , terima kasih kerana meluangkan masa membawa sayang dan babe ke Cameron Highland dan  membuatkan semuanya menjadi indah dan bermakna... Jangan lupa janji abang nak bawak sayang n babe g jalan jalan sekurang kurangnya sekali setiap tahun ( jangan lupa tau )...

0 comments: