Rasa macam seronok betul hari nie .. ye la tanpa sebarang alasan b hadiahkan wallet baru untuk aku . wallet yang dah lama aku idamkan tapi tak leh nak beli lagik sebab asyik lari budget jek..
Pagi itu seperti pagi jumaat yang biasa ., B akan kuar awal tuk keje sementara aku n adam masih berpeluk berbungkus selimut. Tetiba jek B datang n kiss aku. Bila aku tanya " Kenapa ? ada wat salah ek ? " B cakap " xde apa pun , saja jek nak bagi morning kiss "... aku memang dah mula cuak dah ye la tetiba jek nak jadi romantik semacam jek ... Then aku mula la nak syak bukan bukan. maklumla semalam B g Alor Star untuk menghadiri satu taklimat. lagipun aku berharap yang dier belikan sesuatu untuk aku. ye la sebelum ni B selalu kata dia tak leh nak buat suprise kat aku sebab dia jarang kuar tanpa aku , thats y la setiap barang yang dia beli mesti aku yang pilih sendiri ... tapi yang geramnye dari semalam aku tunggu xde apa apa pun... Memang sah dia xbeli apa apa pun tuk aku ... Yang lucunya aku bleh plak bagitau B " Sayang ingat abang beli sesuatu tuk sayang ... " then B buat muka pelik n tanya aku lik " Sayang ada pesan apa apa ke kat abang semalam " ?? eeeeii memang geram tau... Then dengan muka yang biru selamba jek aku cakap " kot kot la abang ingat nak beli apa apa kat sayang , kalau xbeli xpela .. "
B dengan muka tak bersalah terus bangun n sesiap kuar g keje.. Tetiba aku dengar B panggil dari luar. " Sayang , ada duit kecik tak ? Pinjamkan abang RM10 abang nak beli paper jap lagi xde duit kecik ... " Aku pun apalagi bingkas bangun dari katil cari wallet dalam beg tangan yang aku tinggal kat meja kopi kat luar ( aku memang camni selalu jek tinggal wallet merata rata , thats y selalu kena marah jek dengan B ) . Bila aku seluk jek beg tangan terperanjat aku bila tengok ada wallet lain dalam tue . Dengan panik aku terus je bukak wallet tue , ye la manalah tahu kot kot wallet orang lain termasuk dalam handbag aku. Bila aku bukak wallet tue aku terus je tersenyum sebab aku tengok sume barang dalam tue memang kepunyaan aku ...
Tak lama selepas tue B msg tanya cantik tak wallet tue ?? memang cantik pun. Yang paling bestnye sebab wallet tue memang wallet yang dah lama aku kenan dan paling penting wallet tue datang dari orang yang paling aku sayang.. Bestnya dalam tahun nie dah 2x aku dapat suprise dari B. Bulan 3 ari tue dapat perfume n now dapat wallet plak ... Thanks B coz belikan wallet baru tuk sayang. Sayang akan ingat segala yang abang lakukan tuk sayang sampai bila bila pun ... Harapan sayang semoga apa yang berlaku dapat memadam segala kesilapan kita yang lalu . Insyaallah....
Wednesday, June 30, 2010
Suprise lagi ???
Posted by anastasia at 1:06 PM 0 comments
Saturday, June 26, 2010
Vacation again ...
Posted by anastasia at 11:46 AM 0 comments
Sunday, June 20, 2010
Happy Fathers Day...
Happy Father's Day tuk semua bapa bapa di dunia dan teristimewa buat ayah kepada anak ku , Nor Anuar Bin Md Amin... Selamat hari bapa ye sayang ... Buat kali pertamanya kami meraikan hari bapa dengan begitu bermakna. B masih seperti tahun tahun yang lalu , tak pernah ingat pun tarikh hari bapa tapi aku sentiasa ingat sepertimana dia sentiasa berada di hatiku ...
Dan yang bestnya En Nuat nampak macam seronok sangat meraikannya tuk kali yang pertama. Walaupun aku rasa dier tak ingat pun bahawa hari nie adalah hari bapa , tapi disebabkan aku mengucapkan ucapan Selamat itu padanya beserta sekotak hadiah ditangan. En Nuat nampak macam terkejut (or buat buat terkejut) terus memeluk n mengucapkan thanks kat aku.Then kami sama sama bukak hadiah , seutas tali pinggang kulit Camel yang memang menjadi idamannya. Seronok sangat sebab dapat berikan sesuatu yang bermakna tuk dia. Kad aku bagi sehari selepas itu. Bukan apa nanti segan plak kalau dia baca masa tue so bagi kat dia esoknya n dia bukak kat ofis tak la malu sangat
Untuk B , Selamat menyambut hari bapa ye sayang ... Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang sempurna untuk adam. Terima kasih kerana tolong sayang bancuh susu setiap malam untuk adam. Terima kasih kerana selalu sabar melayan kerenah anak kita , dan terima kasih kerana menghargai kehadiran adam sebagai sebahagian daripada hidup B dan menjadikan hidup sayang lebih bermakna.Sayang sentiasa berdoa semoga kita akan dapat sama sama meraikan hari yang istimewa ini hingga ke akhir hayat . Ingat janji abang , akan sentiasa menyayangi dan menjadi papa yang baik untuk anak anak kita... ( jangan lupa tau )... I love u B , I love u so much... Muaaahhh
Posted by anastasia at 12:45 PM 0 comments