BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 25, 2013

SEPARUH JIWAKU PERGI ....

Wednesday, January 23, 2013

Ari Lasso feat Bunga Cinta Lestari - Aku Dan Dirimu

Aku Tak Berdaya

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU ...

Selamat tahun baru buat semua hamba Allah dimuka bumi ini . Tahun baru menandakan setahun lagi telah berlalu dalam hidup aku. Terlalu banyak yang berlaku pada tahun 2011 , tahun yang banyak menguji kesabaran dan ketabahan hati aku, tahun yang paling banyak mengajar aku erti sabar dan bertahan...

Pada tarikh 12 Ogos aku kehilangan 'teman lelaki' aku yang pertama. Teman yang sentiasa membantu disaat aku kesusahan , teman yang sentiasa memberi dorongan ketika aku dalam kesedihan dan teman yang sentiasa menerangi jalan jalan hidupku dengan doanya yang tak pernah putus... Toki pergi meninggalkan kami pada 12 Ramadhan bersamaan dengan hari Jumaat tepat jam 11.55 pg kerana penyakit strok. Syukur alhamdulillah walaupun aku tinggal jauh darinya tapi aku bersyukur kerana dapat bersama dengannya di waktu waktu terakhir itu . Terlalu banyak jasa insan tua ini kepada aku dan kerana dia jugalah aku dapat apa yang aku ada sekarang...

kadang kadang aku terfikir kenapa orang orang yang aku sayang pergi dari hidup aku dengan begitu cepat sekali bermula dengan arwah Uteh pada 17 Februari 2006 juga pada hari Jumaat sedangkan pada waktu itu aku sedang merancang majlis pertunangan aku dan anuar .Sekiranya Uteh masih ada tentunya majlis itu akan menjadi lebih meriah. Benarkah yang datang itu adalah ujian dari Yang Maha Kuasa atau sememangnya lumrah kehidupan setiap yang hidup itu pasti akan menemui mati ....

Doa aku kepada yang Maha Esa , panjangkan umur insan insan yang tersayang semoga aku dapat mengabadikan lebih banyak kenangan bersama mereka dan untuk 2 lelaki yang paling istimewa terima kasih kerana telah banyak membantu ketika mereka masih hidup dan terima kasih juga kerana menyayangi aku dan menjadikan hidup ini sungguh bermakna .Doa aku semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Al- Fatihah...

Wednesday, June 30, 2010

Suprise lagi ???

Rasa macam seronok betul hari nie .. ye la tanpa sebarang alasan b hadiahkan wallet baru untuk aku . wallet yang dah lama aku idamkan tapi tak leh nak beli lagik sebab asyik lari budget jek..

Pagi itu seperti pagi jumaat yang biasa ., B akan kuar awal tuk keje sementara aku n adam masih berpeluk berbungkus selimut. Tetiba jek B datang n kiss aku. Bila aku tanya " Kenapa ? ada wat salah ek ? " B cakap " xde apa pun , saja jek nak bagi morning kiss "... aku memang dah mula cuak dah ye la tetiba jek nak jadi  romantik semacam jek ... Then aku mula la nak syak bukan bukan. maklumla semalam B g Alor Star untuk menghadiri satu taklimat. lagipun aku berharap yang dier belikan sesuatu untuk aku. ye la sebelum ni B selalu kata dia tak leh nak buat suprise kat aku sebab dia jarang kuar tanpa aku , thats y la setiap barang yang dia beli mesti aku yang pilih sendiri ... tapi  yang geramnye dari semalam aku tunggu xde apa apa pun... Memang sah dia xbeli apa apa pun tuk aku ...  Yang lucunya aku bleh plak bagitau B " Sayang ingat abang beli sesuatu tuk sayang ... " then B buat muka pelik n tanya aku lik " Sayang ada pesan apa apa ke kat abang semalam " ?? eeeeii memang geram tau... Then dengan muka yang biru selamba jek aku cakap " kot kot la abang ingat nak beli apa apa kat sayang , kalau xbeli xpela .. "

B dengan muka tak bersalah terus bangun n sesiap kuar g keje.. Tetiba aku dengar B panggil dari luar. " Sayang , ada duit kecik tak ? Pinjamkan abang RM10 abang nak beli paper jap lagi xde duit kecik ... " Aku pun apalagi bingkas bangun dari katil cari wallet dalam beg tangan yang aku tinggal kat meja kopi kat luar ( aku memang camni selalu jek tinggal wallet merata rata , thats y selalu kena marah jek dengan B ) . Bila aku seluk jek beg tangan terperanjat aku bila tengok ada wallet lain dalam tue . Dengan panik aku terus je bukak wallet tue , ye la manalah tahu kot kot wallet orang lain termasuk dalam handbag aku. Bila aku bukak wallet tue aku terus je tersenyum sebab aku tengok sume barang dalam tue memang kepunyaan aku ...

Tak lama selepas tue B msg tanya cantik tak wallet tue ?? memang cantik pun. Yang paling bestnye sebab wallet tue memang wallet yang dah lama aku kenan dan paling penting wallet tue datang dari orang yang paling aku sayang.. Bestnya dalam tahun nie dah 2x aku dapat suprise dari B. Bulan 3 ari tue dapat perfume n now dapat wallet plak ... Thanks B coz belikan wallet baru tuk sayang. Sayang akan ingat segala yang abang lakukan tuk sayang sampai bila bila pun ... Harapan sayang semoga apa yang berlaku dapat memadam segala kesilapan kita yang lalu . Insyaallah....                                                                                                                    

Saturday, June 26, 2010

Vacation again ...

Bercuti lagi , dan kali ini ke Cameron Highland ... Setelah sekian lama aku merancang untuk kesana , akhirnya kami menjejakkan kaki sekali kali ke Cameron Highland , tempat yang pernah menjadi saksi cinta aku dan anuar kira kira 5 tahun yang lalu. Yang lucunya untuk kali yang kedua ini pun kami masih lagi ditemani orang yang sama , iaitu kak liana , shet , dan cik yan yang bezanya sebab paksu debab tak ikut sama...

Kami bertolak dari Sik pada pukul 4.30ptg setelah  B abis kerja dan sampai di Simpang Pulai kira kira jam 8.30 malam. Kami kesana untuk meraikan kenduri kak liana di sebelah lelaki. Kenduri memang sempoi giler sampaikan aku tak rasa macam kenduri kawin pun. Tapi takpela yang penting kak liana dah selamat pun menjadi seorang isteri dan aku masih lagi berharap yang dia akan berbahagia dengan pilihan hatinya itu... Sume adik beradik B datang kecuali paksu debab dan yang lucunya last minit family aku pun sampai jugak .. Walaupun majlis tue sederhana tapi memang meriah sebab sume adik beradik datang untuk memeriahkan majlis malam tue...

Kami bermalam di Homestay yang disewa khas oleh kak yana. Dengan bayaran hanya RM100 semalaman kami dapat bermalam di homestay yang selesa. B awal awal lagi dah tido maybe penat sangat kot. Yela tadi abis keje terus drive ke sini thats y aku lansung tak ganggu dier walaupun adam sampai jam 1pg masih lagi belum tido. Setelah aku tutup semua lampu dan bancuhkan sebotol susu suam tuk dier barulah dia lena , itupun setelah penat aku menepuk... Apa apa pun time kasih ye sayang sebab tak berjaga sampai pagi....

Esoknye pada pukul 8.30pg kami kuar bersarapan dan terus ke Cameron Highland. Perjalanan dari Simpang Pulai keatas lebih kurang 1jam. Sampai saja di Cameron tempat pertama yang dituju adalah Taman Mardi. Sampai disitu hati aku merasa sayu sekali kerana setelah 5 tahun berlalu kali ini aku datang lagi ke tempat yang sama dengan orang yang sama dan yang terharunya sebab kali ini aku datang membawa adam , jelmaan semula aku dan anuar... Kalaula adam tahu yang satu ketika dulu mama dan papa dia pernah kesini tanpa dier mesti dia pelik kan ye la mesti dia tertanya tanya masa tue dia ada kat mana ? Nape dia tak ikut sama heheheheh....

Setelah meronda disekitar Taman Mardi kami terus turun makan diFoodCourt . Makanan dier memang mahal giler dan adakalanya macam tak logik plak .. Tapi aku gagahkan jugak sebab fikirkan adam yang mungkin dah lapar. Disitu jugak aku belikan snowcap tuk adam .. Memang comel sangat dia pakai snowcap tue dan sume orang gelak tgk dier dah macam budak Home Alone je... Keluar dari situ kami ke CactusPoint tgk banyak sangat cactus kat situ. Aku tak beli apa apa pun sebab xde apa pun yang menarik minat aku . Diorang masih lagi disitu menunggu kak ta dan aku mengambil kesempatan untuk ke Rajuu Hill. Teringat pesanan niza supaya aku kesana menikmati waffer yang lazat. Setelah memanjat bukit yang tinggi akhirnya aku sampai jugak kesana .. Betulla kata orang selera setiap orang itu tidak sama. Bagi aku waffer tue xde la best sangat pun tapi bolehla sebab kalu aku tak rasa tentu aku tak tau ... Turun dari Rajuu Hill kami ke pasar membeli sayur sayuran dan strawberi. Masa kat pasar tue B nak belikan aku bunga ros tapi dah cari satu pasar xde bungan ros merah yang dicampur dengan putih dijual disitu. So akhirnya aku decide tak payah beli tapi B janji akan belikan semula bila kami datang lagi kesini. Yang bestnya B nak marah sebab orang kat situ jual jagung keras kat dier dengan harga RM3. Hahahahah cian kat B kena tipu ....

Turun dari pasar kami ingat nak singgah ladang teh tapi hari hujan plak. Memang sedih betul sebab xsempat pegi banyak tempat. Bee Farm pun tak sempat masuk.. Tapi takpela sekurang kurangnya sampai jugak aku bawak adam kenal Cameron Highland walaupun dia macam tak tau apa apa pun dan B dah janji akan kesini lagi setelah adam bleh jalan nanti... Sekitar pukul 5 ptg kami terus turun dari sana dan berenti solat asar di surau tol Simpang Pulai. Ingatkan nak terus lik tapi kak yana ajak makan dulu. Tepat jam 7.30 malam kami bertolak lik dan sampai di Kuala Beris kira kira jam 1pg....

Walaupun penat dan tak banyak tempat yang dapat aku lawati kali ini tapi aku berpuas hati sebab sekurang kurangnya aku masih dapat membawa adam ke Cameron Highland dan untuk anak mama , terima kasih sebab berkelakuan baik sepanjang percutian kita kali ini. Mama janji bila adik dah bleh jalan nanti kita datang lagi ye , sebab mama dah xsabo nak bagi adik bejalan disekitar ladang teh , petik strawberi dan belikan roses untuk mama ... Untuk En.Nuat yang dicintai , terima kasih kerana meluangkan masa membawa sayang dan babe ke Cameron Highland dan  membuatkan semuanya menjadi indah dan bermakna... Jangan lupa janji abang nak bawak sayang n babe g jalan jalan sekurang kurangnya sekali setiap tahun ( jangan lupa tau )...

Sunday, June 20, 2010

Happy Fathers Day...

Happy Father's Day tuk semua bapa bapa di dunia dan teristimewa buat ayah kepada anak ku , Nor Anuar Bin Md Amin... Selamat hari bapa ye sayang ... Buat kali pertamanya kami meraikan hari bapa dengan begitu bermakna. B masih seperti tahun tahun yang lalu , tak pernah ingat pun tarikh hari bapa tapi aku sentiasa ingat sepertimana dia sentiasa berada di hatiku ...

Dan yang bestnya En Nuat nampak macam seronok sangat meraikannya tuk kali yang pertama. Walaupun aku rasa dier tak ingat pun bahawa hari nie adalah hari bapa , tapi disebabkan aku mengucapkan ucapan Selamat itu padanya beserta sekotak hadiah ditangan. En Nuat nampak macam terkejut (or buat buat terkejut) terus memeluk n mengucapkan thanks kat aku.Then kami sama sama bukak hadiah , seutas tali pinggang kulit Camel yang memang menjadi idamannya. Seronok sangat sebab dapat berikan sesuatu yang bermakna tuk dia. Kad aku bagi sehari selepas itu. Bukan apa nanti segan plak kalau dia baca masa tue so bagi kat dia esoknya n dia bukak kat ofis tak la malu sangat

Untuk B , Selamat menyambut hari bapa ye sayang ... Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang sempurna untuk adam. Terima kasih kerana tolong sayang bancuh susu setiap malam untuk adam. Terima kasih kerana selalu sabar melayan kerenah anak kita , dan terima kasih kerana menghargai kehadiran adam sebagai sebahagian daripada hidup B dan menjadikan hidup sayang lebih bermakna.Sayang sentiasa berdoa semoga kita akan dapat sama sama meraikan hari yang istimewa ini hingga ke akhir hayat . Ingat janji abang , akan sentiasa menyayangi dan menjadi papa yang baik untuk anak anak kita... ( jangan lupa tau )... I love u B , I love u so much... Muaaahhh